Connect with us

Oh! Media

Bapa Tiri Penganggur Dan Ibu Kandung Didakwa Jual Anak OKU Untuk Eksploitasi Seksual

jual anak

Oh! Tidak

Bapa Tiri Penganggur Dan Ibu Kandung Didakwa Jual Anak OKU Untuk Eksploitasi Seksual

Harapkan pagar, pagar makan padi! Itulah yang dapat dikatakan dengan tindakan seorang ibu kandung dan suaminya yang tergamak memperdagangkan anak perempuan OKU bagi tujuan eksploitasi seksual.

ADVERTISEMENT

BACA: Remaja OKU Kena Rogol Dengan Rakan Bapa, ‘Kantoi’ Bila Anak Mengadu Sakit Perut Dan Pinggang

Lapor Utusan, pasangan suami isteri itu bagaimanapun mengaku tak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Noor Aini Yusof di Mahkamah Sesyen Butterworth hari ini.

Dituduh jual anak OKU untuk tujuan eksploitasi seks

OKU
Foto: Utusan

Tertuduh, Salleh Ali dan Siti Aida Ismail didakwa memperdagangkan anak perempuan berusia 20 tahun yang juga orang kurang upaya (OKU) lembam masalah pembelajaran pada Januari hingga 14 Februari lalu.

Kejadian itu didakwa berlaku sekitar jam 6 petang hingga 10 malam di sebuah rumah pangsa terletak di Jalan Tembikai di Bukit Mertajam.

Difahamkan, tertuduh merupakan seorang penganggur dan isterinya bekerja sebagai tukang urut.

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 (Akta 670) dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 15 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan ditangguh pada 20 April hadapan untuk serahan dokumen dan lantikan peguam untuk tertuduh.

Kredit: Utusan

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas