Connect with us

Oh! Media

Bapa Reda Anak Dibaham Buaya, Simpan Hasrat Jumpa Di Syurga

Oh! Tidak

Bapa Reda Anak Dibaham Buaya, Simpan Hasrat Jumpa Di Syurga

Beberapa hari yang lalu, tular mengenai satu video memaparkan seorang lelaki yang mengalami kecederaan di beberapa bahagian badannya ketika cuba menyelamatkan anaknya yang dibaham buaya.

ADVERTISEMENT

BACA: Bapa Menangis Tengok Anak Kena Baham Buaya Depan Mata, Soalan Perakam Buat Netizen Berang

Video itu mendapat perhatian warganet yang begitu sedih dan simpati dengan lelaki tersebut yang begitu kecewa selepas dia gagal untuk menyelamatkan anaknya daripada menjadi mangsa si bujang senang itu.

Reda dengan pemergian anak, simpan hasrat mahu jumpa di syurga

Terbaru, seorang pempengaruh TikTok, Adrian Edy berkongsi detik dirinya bertemu dan menziarahi lelaki yang dikenali sebagai Morehan di kediamannya di Lahad Datu.

@adrianedy7 Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik, pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya 😭 #fyp #adrianedy ♬ Belum Siap Kehilangan – Stevan Pasaribu

Menerusi perkongsiannya itu, Adrian memaklumkan bahawa meskipun sedih dan kecewa, Morehan tetap reda dengan tragedi itu dan berhasrat mahu berjumpa dengannya di syurga nanti.

Ziarah pakcik Morehan, ayah kepada mangsa yang dibaham buaya di Lahad Datu beberapa hari lalu, sedih sangat, beri kata kata semangat dan duit belanja buat pakcik.

Pakcik kata dia redha dengan apa yang terjadi, Tuhan lebih sayangkan anak dia , nanti dia akan jumpa anak dia di syurga katanya.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa sebak mereka dan bersimpati terhadap apa yang menimpa Morehan.

Kredit: TikTok Adrian Edy

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas