Connect with us

Oh! Media

“Jangan Jadikan Pesta Air” – Banjir Di Kelantan Telah Ragut 2 Nyawa

Trending

“Jangan Jadikan Pesta Air” – Banjir Di Kelantan Telah Ragut 2 Nyawa

Keadaan banjir yang melanda negeri di pantai timur sememangnya merisaukan kerana beberapa kawasan telah dinaiki air sehingga paras bumbung.

ADVERTISEMENT

BACA : “Hebat Tuan Rumah!” – Netizen Puji Tindakan Penduduk ‘Pagar’ Rumah, Elak Air Banjir Masuk

Menurut laporan Harian Metro, terdapat dua nyawa yang telah terkorban berhubung banjir di Kelantan malam tadi yang melibatkan seorang remaja berusia 13 tahun dan seorang warga emas.

Remaja berkenaan dikatakan telah dihanyutkan arus ketika sedang menunggang basikal di tepi tali air di Kampung Tapang Kadok sebelum ditemukan pada jam 10 malam tadi. 

Warga emas berkenaan pula dipercayai telah terjatuh ke dalam sungai ketika mengalihkan sampan di Pengkalan Lan, Sungai Galas dan telah ditemukan lemas pada belah petang semalam. 

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak menjadikan banjir sebagai pesta air dan perkara ini dikatakan sendiri Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin.

Kesiannya warga pantai timur yang terlibat dengan banjir. Semoga banjir di sana akan semakin surut dan penduduk yang terjejas diberi bantuan dengan cepat.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas