
Oh! Tidak
Ban Bukit Changgang Pecah, Penduduk Diminta ‘Berjaga-Jaga’
Oleh
Ban berdekatan Kampung RTB Bukit Changgang, Sepang Selangor telah dilaporkan pecah pada jam 10.10 pagi tadi.
BACA: Mangsa Banjir Terus Meningkat Di Johor, Mersing Antara Daerah Yang Terjejas
Menerusi laporan dari Hasimi Muhamad di laman Twitternya, air Sungai Langat sudah mula memasuki kawasan tali air menuju ke kampung yang berdekatan menyebabkan penduduk mula bimbang.
Penduduk bimbang jika air naik dengan cepat

Air pasang besar yang berlaku di Bukit Changgang menyebabkan penduduk setempat bimbang sekiranya air akan naik dengan cepat ke kawasan kampung.
Pihak Bomba dan Penyelamat sekarang ini sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang bakal berlaku.
Ban berdekatan Kg RTB Bukit Changgang dilaporkan pecah sekitar pukul 10.10 pagi tadi. Air Sungai Langat mula memasuki kawasan tali air menuju ke kampung berdekatan @501Awani pic.twitter.com/n62xuyuoEd
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) January 3, 2022
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia KLIA, Timbalan Penguasa Bomba II, Khairuddin Jamaludin, meminta penduduk kampung untuk berjaga-jaga dengan kemungkinan air yang akan masuk ke parit-parit yang berdekatan dengan RTB Bukit Changgang.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Malaysia KLIA, Timbalan Penguasa Bomba II, Khairuddin Jamaludin berkata pihaknya telah meminta pihak JPS memantau situasi semasa di lokasi kejadian @501Awani pic.twitter.com/ij3ubi31K7
— Hasimi Muhamad (@HasimiM) January 3, 2022
Semoga penduduk berdekatan dengan kawasan kejadian terselamat dari bah dan semoga keadaan air di Bukit Changgang akan kembali normal.
Ada juga netizen yang bimbang mengatakan ban punca rumah-rumah di tepi tapi air tidak terkena bah. Tapi apabila ban sudah pecah, mereka harus bersedia dengan segala kemungkinan yang akan berlaku.
Oi, ban pecah ni teruk oi. Biasanya rumah tepi tali ayaq tak kena bah sebab ada ban. They will be ill prepared https://t.co/65to9LMBc8
— Hadi Azmi (@amerhadiazmi) January 3, 2022
Apa-apa pun, semoga semua penduduk bersiap-sedia menerima apa jua kemungkinan yang bakal berlaku. Semoga Allah terus melindungi Malaysia dari musibah yang teruk.
Kredit: Twitter
