Connect with us

Oh! Media

Bahaya Gila! Bomba Kawal Api Sampah Dibakar Dekat Laluan Paip Gas

sendayan

Oh! Tidak

Bahaya Gila! Bomba Kawal Api Sampah Dibakar Dekat Laluan Paip Gas

Baru je Malaysia digemparkan dengan tragedi kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, kini muncul lagi insiden membimbangkan! Kali ini, sampah dibakar berhampiran kawasan berisiko di Taman Bukit Sendayan, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2, Mohd Nizam Yom, pihak bomba menerima laporan tentang kebakaran itu pada jam 8.30 pagi Khamis lalu.

IKLAN

Kawasan pembuangan sampah haram…

Sampai je di lokasi, bomba mendapati api sedang marak membakar sampah di kawasan seluas kira-kira 200 kaki persegi! Antara sampah yang dibuang di situ termasuk perabot, kotak, dan barangan plastik.

Pihak bomba mengambil masa kira-kira 15 minit untuk mengawal kebakaran sebelum operasi tamat sepenuhnya pada jam 10.14 pagi. Mujur api berjaya dikawal sebelum merebak lebih jauh!

Dekat dengan laluan paip gas!

Apa yang lebih menakutkan, kawasan kebakaran ni terletak berhampiran laluan paip gas! Memang ada papan tanda amaran yang jelas dipasang di situ.

Walaupun lokasi tepat saluran paip gas masih belum dapat dipastikan, tindakan membakar sampah di kawasan macam ni memang boleh mengundang tragedi besar!

BACA: CIDB Tarik Balik Kenyataan Media Berhubung Letupan Gas Di Putra Heights

#ApaKataOhmedia

Kenapa masih ada yang sanggup ambil risiko dengan bakar sampah di kawasan berbahaya? Dah banyak kali kita dengar insiden berkaitan paip gas, tapi masih ada yang cuai!

Mungkin dah tiba masa pihak berkuasa ambil tindakan lebih tegas terhadap individu yang bakar sampah sembarangan. Nyawa ramai orang boleh terancam kalau perkara macam ni tak dibendung segera!

sendayan

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Sinar Harian


Kongsikan artikel ini:

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Trending Di Youtube

Popular Bulan Ini

Ohmedia Banner
Ke Atas