Connect with us

Oh! Media

“Bagi Laluan Lah” – Gara-Gara Halang Laluan, Peguam Bela Samirah Muzaffar Maki Pengamal Media

Trending

“Bagi Laluan Lah” – Gara-Gara Halang Laluan, Peguam Bela Samirah Muzaffar Maki Pengamal Media

Keputusan mahkamah yang membabitkan kes pertuduhan Samirah Muzaffar dan dua lagi remaja terhadap dakwaan membunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund, Nazrin Hassan pada 2018 yang lalu diketahui hari ini.

ADVERTISEMENT

BACA: Samirah Dan Dua Remaja, Lepas Pertuduhan Bunuh CEO Cradle Fund

Tertuduh yang merupakan balu kepada Allahyarham Nazrin Hassan serta dua remaja yang lain dibebaskan dan dilepaskan daripada pertuduhan itu selepas Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie diakhir kes pendakwaan terhadap ketiga-ketiga tertuduh.

Pengamal media dimarah peguam bela Samirah

Namun, apa yang menjadi perhatian dan buah mulut netizen ialah suasana lobi mahkamah yang bertukar kecoh selepas petugas media dihalang untuk merakam gambar Samirah Muzaffar yang hadir bagi mendengar keputusan pertuduhan ke atasnya.

Menerusi video yang dimuat naik menerusi laman Facebook Kosmo Online , dapat dilihat salah seorang peguam menjerit dan memarahi pengamal media yang menghalang jalan.

Dapat juga dilihat tindakan peguam itu yang menolak beberapa orang jururgambar yang bertugas di lokasi kejadian.

Siapa je tak angin kalau dihimpit macamtu

Video yang tular itu mendapat respon dari warganet. Rata-rata mereka memahami tindakan peguam yang memarahi pengamal media yang dilihat menyukarkan pergerakan mereka di lokasi kejadian.

Kalau macamtu sekali gayanya kena himpit, siapa je tak marah.

Kredit: Facebook Kosmo Online

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas