Connect with us

Oh! Media

Aunty Diragut Siang-Siang Tapi Semua Orang Buat Tak Tahu Di Penang

Ohmedia hafizal Om Featured New 1200x675 10

Oh! Tidak

Aunty Diragut Siang-Siang Tapi Semua Orang Buat Tak Tahu Di Penang

Aunty diragut di siang hari di Jelutong, Penang, tapi tiada siapa bantu. Netizen kecam sikap acuh tak acuh.

Tular sebuah rakaman pendek menunjukkan seorang aunty menjadi mangsa ragut secara terang-terangan di Jalan Tembaga, Jelutong, Penang.

Apa yang paling menyedihkan bukan saja kerana kejadian tu berlaku di siang hari, tapi langsung tak ada siapa yang tampil bantu walaupun ramai nampak.

Aunty cuba lawan, tapi…

Kes ragut penang2

Video yang dikongsi di Facebook Penang Kini itu bermula dengan pergelutan antara aunty dan peragut. Walaupun peragut hampir tumbang, suspek berjaya larikan diri.

IKLAN

Aunty cuba hentak peragut dengan tangan untuk halang dia lari, tapi usahanya tak berjaya.

Peragut sempat capai beg tangan yang terjatuh dan terus pecut naik motor, tinggal aunty terdiam tanpa bantuan sesiapa pun.

Ramai pengguna jalan lain tengok, tapi semua buat tak tahu?

Sepanjang kejadian tu, beberapa kereta lalu lalang. Tapi sedihnya, tak ada seorang pun turun bantu atau halang peragut.

Those driving their cars… are they stupid? How could they not help in a situation like this and relax inside their cars instead?– Netizen

Melihat perkongsian terkini, Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut memaklumkan suspek telah berjaya diberkas awal pagi ini pukul 4 pagi.

Pssttt! Sedih bila tengok masyarakat sekarang makin hilang rasa tanggungjawab sosial. Bila orang tua diragut depan mata pun tak ada siapa nak tolong, kita kena tanya apa jadi dengan nilai kemanusiaan kita? Jangan tunggu jadi kat keluarga sendiri baru nak peduli. Jadilah mata dan tangan untuk bantu sesama kita, bukan sekadar penonton bisu.

Kredit: Penang Kini
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

📩 Suka Artikel Ini?

Kami akan hantar 5 artikel paling viral setiap hari terus ke emel anda.
Percuma & jimat masa!

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas