Connect with us

Oh! Media

Atlet Dakwa Makanan Olimpik Musim Sejuk Beijing ‘Menyedihkan’?

olimpik beijing

Trending

Atlet Dakwa Makanan Olimpik Musim Sejuk Beijing ‘Menyedihkan’?

Ketika ini sedang berlangsung Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022. Kita juga turut berbangga apabila ada atlet negara yang menyertai kejuaraan ini seperti Aruwin Salehhudin yang menyertai acara Alpine Skiing.

ADVERTISEMENT

Bagaimanapun, disebalik kemeriahan Olimpik Musim Sejuk Beijing ini, sudah ada atlet yang mendedahkan kesengsaraan mereka sewaktu diletakkan dalam pengasingan virus.

Beijing cuba mengadakan temasya bebas virus Covid-19 semasa pandemik dengan mengasingkan pasukan-pasukan di mana ujian saringan mesti diambil setiap hari, manakala sesiapa yang didapati positif akan ‘diseret’ ke lokasi pengasingan.

Menurut laporan USA Today, atlet Rusia, Valeria Vasnetsova berkata dia dihidangkan makanan yang ‘tidak layak’ untuk dimakan dengan hidangan sama diberikan tiga kali sehari selama lima hari berturut-turut.

Lihat penyediaan makanan sewaktu kuarantin semasa acara sukan di Jepun yang jauh lebih baik.

Selain itu, atlet Poland, Natalia Maliszewska berkata dia berulang kali berpindah masuk dan keluar dari tempat kuarantin selama beberapa hari  kerana keputusan ujian Covid-19 yang bercanggah.

Masa tu pukul 3 pagi, saya menangis seperti orang gila sebab saya tak tahu apa yang berlaku, saya tak rasa selamat langsung.

Dalam pada itu, Ketua pasukan hoki ais Finland Jukka Jalonen pula berkata China telah melanggar hak asasi manusia melibatkan salah seorang pemain bintangnya kerana pemain tersebut tetap dikuarantin walaupun doktor pasukan telah membenarkannya untuk bermain.

Di bawah peraturan ketat China, orang ramai hanya boleh meninggalkan lokasi pengasingan selepas mendapat keputusan negatif dua ujian PCR yang dilakukan dalam selang masa 24 jam.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas