Connect with us

Oh! Media

Amoi Ini Tegur Lelaki Terus Pegang Tangan Wanita Bukan Mahram Buat Ramai Lelaki Islam Sentap

mahram

Oh! Tidak

Amoi Ini Tegur Lelaki Terus Pegang Tangan Wanita Bukan Mahram Buat Ramai Lelaki Islam Sentap

Zaman sekarang memang ramai orang Islam hilang rasa malu dan bersalah bila buat sesuatu perkara yang dilarang dalam agama. Sampaikan kesalahan yang besar dikatakan hanya perkara kecil dan biasa bagi mereka. Siap tunjuk perbuatan haram dekat sosial media lagi tu.

ADVERTISEMENT

Antara perbuatan haram tapi dibiasakan zaman sekarang adalah berpelukan dan berpegangan tangan bagi pasangan yang belum berkahwin. Situasi ini turut menarik perhatian seorang wanita berbangsa Cina dikenali sebagai Yanjoo apabila mempersoal tindakan seorang lelaki beragama Islam memegang tangan wanita yang bukan mahram baginya.

“Dekat IC lelaki Islam, tapi jumpa-jumpa terus pegang tangan. Susah sangat ke nak hormat wanita?” – Tulis Yanjoo.

Teguran Yanjoo itu mendapat lebih 500k tontonan. Yanjoo mengakui bukan ingin memihak wanita tetapi kaum wanita dilihat selalu diperlakukan seperti itu dan ia boleh dikira seperti gangguan seksual.

@yyan02_ Mohon terasa. #tiktokmalaysia #fypシ ♬ original sound – apolinariotwins

Ini hanya untuk individu berkenaan. Tak melibatkan kaum agama dan gender. Sila interpret dengan betul. – Tulisnya lagi.

Rata-rata kaum wanita bersetuju dengan apa yang dibangkitkan Yanjoo dan berharap kebiasaan ini tidak dipandang ringan.

Orang perempuan juga harap elakkan perbuatan seperti ini

Orang perempuan juga tidak terlepas dari perbuatan seperti ini. Elakkan dari memegang lelaki yang bukan mahram walaupun kita merasakan lelaki itu hanya kawan.

Kredit: Tiktok @yyan02

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas