Connect with us

Oh! Media

Akak RELA Baling Kayu, Hempuk Kereta Langgar Lampu Merah Depan Sekolah

Trending

Akak RELA Baling Kayu, Hempuk Kereta Langgar Lampu Merah Depan Sekolah

Pelbagai jenis gaya pemanduan yang dapat kita saksikan di atas jalanraya. Bahkan, dapat dilihat ramai yang mementingkan diri ketika memandu sehingga tidak menghiraukan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.

ADVERTISEMENT

BACA: “Abah Bangun Abah” – Pemuda Kelainan Upaya Tangisi Pemergian Bapa Undang Sebak Netizen

Gaya pemanduan yang mementingkan diri itu boleh menimbulkan rasa marah lebih-lebih lagi terhadap anggota beruniform yang bertugas mengawal lalu lintas seperti RELA.

Buat akak RELA marah

Tular satu video di Twitter menunjukkan pemandu kereta yang degil dan tidak mahu berhenti ketika lampu isyarat menunjukkan warna merah di zebra crossing hadapan sebuah sekolah.

Tindakan pemandu itu telah menyebabkan seorang anggota RELA yang bertugas bertindak membaling kayu ke arah kenderaan berkenaan yang memandu laju tanpa mempedulikan keselamatan pelajar sekolah di situ. 

Dalam satu video yang lain, anggota RELA itu dilihat turut bertindak menghempuk sebuah lagi kenderaan yang meluncur laju dan melanggar lampu isyarat merah.

Dapat dilihat, ramai pelajar sekolah sedang bersedia untuk melintas jalan ketika itu. Perbuatan pemandu-pemandu itu boleh menyebabkan berlakunya kecederaan kepada pelajar sekiranya berlaku kemalangan.

Netizen setuju tindakan akak RELA

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan tindakan anggota RELA yang amanah dalam menjalankan tugasnya.

Kredit: Twitter Malaysia Most Viral

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas