Connect with us

Oh! Media

“Ada Air Crash, You Okay?”, Isteri Sempat Tanya Keadaan Suami Sebelum Dapat Tahu Cerita Sebenar

Ohmedia isteri

Oh! Tidak

“Ada Air Crash, You Okay?”, Isteri Sempat Tanya Keadaan Suami Sebelum Dapat Tahu Cerita Sebenar

Negara kita baru sahaja digemparkan dengan berita yang menyayat hati di mana sebuah pesawat ringan terhempas di laluan masuk utama kawasan kediaman Elmina berhampiran Lebuhraya Guthrie sehingga melibatkan beberapa kematian.

BACA: Juruterbang, Penumpang Dan Penunggang Motosikal Maut Pesawat Ringan Terhempas

Susulan kejadian itu, isteri kepada salah seorang mangsa pesawat terhempas, Heikal Aras telah berkongsi tangkap layar yang memaparkan mesejnya di Whatsapp hanya mendapat satu ‘tick’.

IKLAN

Dalam pada itu, isterinya memaklumkan dia berasa amat sedih apabila mesej yang dihantar kepada suami tidak akan dibalas kerana sudah meninggal dunia.

Menerusi perkongsian di TikTok, tangkap layar berkenaan mempamerkan mesej itu di mana dia menghantar pautan berita megenai nahas pesawat tersebut.

Difahamkan, dia hanya mahu memeriksa keadaan si suami tetapi tanpa disangka rupanya lelaki itu adalah salah seorang individu yang berada di dalam pesawat terhempas berkenaan.

Ada ‘air crash’ dekat Elmina. You okay?

Isteri

Menerusi hantaran itu, dia turut memuat naik beberapa foto suami dan anak-anaknya.

Awak tidak mati, awak hanya terbang lebih tinggi. Tetapi anak-anak sangat rindukan awak.

Rata-rata warga netizen mengucapkan takziah kepada si isteri dan mendoakan agar mereka sekeluarga kuat untuk menghadapi ujian berat ini.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

Ke Atas