Connect with us

Oh! Media

“Abang Romantis Sekali Dengan Kakak” – Gadis Ini Selamba ‘PM’ Suami Orang Minta Jadi Yang Kedua

Oh! Tidak

“Abang Romantis Sekali Dengan Kakak” – Gadis Ini Selamba ‘PM’ Suami Orang Minta Jadi Yang Kedua

Semata-mata mahu menjadi isteri kedua, seorang gadis sanggup menghantar pesanan mesej di Facebook kepada suami orang menyatakan hasratnya.

ADVERTISEMENT

BACA: Terima Mesej Dari Ibu Tunggal, Ingatkan Nak Minta Bantuan Rupanya..

Menerusi perkongsian yang dibuat saudara Azizul Zairi ini, dia tidak menyangka mesej daripada bekas kenalan tempat kerja lamanya itu mempunyai ‘niat’ tersendiri.

Hati-hati bermanis-manis dengan pasangan. Haritu ada terbaca komen, jangan sweet sangat dengan pasangan takut nanti semut datang. Agaknya ini yang dimaksudkan.

Menurut gadis itu, dia sudah lama memerhatikan cara saudara Azizul melayan isteri dengan sangat romantis. Dia mengaku ‘jatuh hati’ dan teringin mempunyai suami yang menerima dirinya seadanya. Tak malu sungguh ya?

Lelaki itu bagaimanapun langsung tak layan dan menolak dengan cara baik. Katanya lagi, dia sedaya upaya menjaga hati isteri dan meminta gadis itu tidak ‘PM’ sebegitu lagi.

Pertamanya saya kenal beliau sebagai bekas kenalan tempat kerja lama, jadi saya kira mungkin beliau pm untuk jemputan kahwin atau sebagainya hal yang mustahak. Jadi saya reply lah cara baik.

Keduanya waktu pm saya sedang kerja dan tak pula terfikir panjang cara terbaik untuk mengakhiri conversation jadi ingatkan dengan beri nombor telefon isteri nanti beliau akan ‘faham2’ sendiri lah. Lagipula, kalau ditolak mentah-mentah khuatir juga nanti jadi dendam. Tapi last tu memang dah block teruslah.

Menurut lelaki ini, untuk mengakhiri perbualan dia memberikan nombor telefon isteri dengan niat gadis itu tak kacau lagi. Dia juga bimbang jika ditolak mentah-mentah, perkara lain pulak yang jadi.

Perkongsian penuh:

Haih, macam ini punya orang pun ada? Dah tak ada lelaki lain ke dik suami orang juga dicarinya.

Kredit: Facebook Azizul Zairi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

ohmedia telegram group
Ke Atas