Connect with us

Oh! Media

5 Peniaga Sayur Melaka Terima Notis Kerana Harga Naik Tak Masuk Akal

sayur

Oh! Tidak

5 Peniaga Sayur Melaka Terima Notis Kerana Harga Naik Tak Masuk Akal

Anda rasa kami ada masa untuk sakit kepala? Aduhai, siapa jer tak sakit kepala kalau semua barang nak naik harga? Tapi harga barang yang naik ni memang dapat kebenaran pihak berkuasa atau peniaga ni suka hati jer nak naikkan harga? Nampaknya tak semua barang sepatutnya naik ok!

ADVERTISEMENT

Memetik laporan Kosmo, lima orang peniaga sayur di Melaka telah dikenakan notis oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Ini selepas ada pelanggan yang mengadu harga barangan keperluan naik terlalu mendadak dan tak masuk akal.

Pengarah KPDNHEP negeri Melaka, Norena Jaafar mengesahkan perkara itu selepas operasi dilakukan pegawai di sekitar daerah Melaka Tengah.

Dalam tempoh tiga hari pemantaun harga sayur ini, kita telah mengeluarkan lima notis di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) dalam Op Sayur.

Kesemua notis itu keluarkan kepada peniaga yang dikesan menjual sayur pada harga mahal dan siasatan lanjut akan dilakukan untuk mengesan sekiranya wujud elemen pencatutan

Seperti biasa alasan yang pasti akan diberikan peniaga adalah mereka terpaksa jual mahal kerana harga bekalan juga mahal. Tapi takkanlah harga boleh naik sampai mencecah 66 peratus?

Bagaimanapun, kali ini kita tidak berkompromi dan dalam masa lima hari mereka perlu memberi maklum balas serta sebab mengenai kenaikan tersebut atau akan tindakan akan dikenakan jika gagal berbuat demikian.

Diharapkan peniaga-peniaga tidak mengambil kesempatan dalam kesempitan rakyat ketika ini. Jika betul harga perlu naik, naikkanlah pada harga yang sepatutnya. Jika ada penurunan, jangan pula buat tidak tahu dan kekalkan pada harga mahal. Apapun kita sebagai pengguna ada hak untuk membuat aduan.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas