Connect with us

Oh! Media

14 Tahun Berlalu, Polis Masih Buru Suspek Kes Pembunuhan Nurin Jazlin

Nurin Jazlin

Oh! Tidak

14 Tahun Berlalu, Polis Masih Buru Suspek Kes Pembunuhan Nurin Jazlin

Kertas siasatan bagi kes pembunuhan kejam seorang kanak-kanak pada 14 tahun lepas, Nurin Jazlin Jazimin yang ketika itu berusia 8 tahun masih lagi diteruskan.

ADVERTISEMENT

BACA : Kes Pembunuhan Adib Ditutup Sementara, Keluarga Tak Puas Hati Dan Harap Siasatan Diteruskan

Menurut laporan Berita Harian, siasatan terhadap kes itu masih diteruskan sehingga kini dan perkara ini dikatakan sendiri Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani.

Buat masa ini, masih tiada lagi pemadanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) suspek ditemui dan polis akan terus usaha mencari petunjuk baharu berkaitan kes itu.

Usaha mencari petunjuk baharu bagi kes berkenaan masih lagi diteruskan. Sehingga kini, tiada padanan DNA suspek ditemui bagi kes berkenaan.

Walaubagaimanapun, bapa mangsa ada membuat laporan polis pada 4 Jun lalu di Balai Polis Wangsa Maju yang mendakwa telah mendapat petunjuk baru mengenai suspek. 

Apapun, diharapkan kes ini dapat diselesaikan dan suspek akan menerima balasan yang setimpal.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tidak

30 Hari Paling Trending

Ke Atas