Viral di laman sosial satu video seorang gadis dikatakan memecah masuk sebuah kafe di lokasi yang tidak dapat dipastikan.
Gadis berkenaan kemudiannya ‘kantoi’ apabila dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan ditangkap oleh seorang pengawal keselamatan wanita.
Rupanya gadis berkenaan mahu menghabiskan menonton siri kegemarannya namun tertinggal HONOR Pad X9a!
Semuanya sebab siri Bukan Sekadar Lafaz 2
Sampai ke tahap ini rupanya peminat siri Bukan Sekadar Lafaz 2 sanggup buat! Kalau nak tahu, siri ini mengisahkan Hud (Alif Satar) dan Syikin (Wanna Ali) yang 4 tahun berkahwin tapi belum dikurniakan cahaya mata.
Ketiadaan zuriat menjadi punca utama pergolakan rumah tangga, memaksa mereka menjalani pelbagai rawatan kesuburan. Keadaan menjadi semakin rumit apabila mereka mengetahui bahawa masalah kesuburan berpunca daripada Hud sendiri.
Ketegangan dalam perkahwinan mereka semakin meruncing dengan kehadiran Aira (Isyariana), seorang peguam dan sepupu kepada Khalid yang banyak membantu Hud dalam perniagaan.
Nak layan series tapi dekat smartphone tak puas? Mana lagi kalau bukan pada HONOR Pad X9a! Kenapa kami katakan peranti ini adalah pilihan paling favourite untuk layan series? Ini sebab-sebabnya.
Upgred ke resolusi 2.5K
Model sebelumnya mempunyai skrin 2K, tetapi Pad X9a kini dinaik taraf dengan resolusi 2.5K untuk pengalaman visual yang lebih baik.
Resolusi 2.5K memberikan warna yang lebih tepat dan butiran yang tajam. Dengan 1.07 bilion warna, 100% julat warna sRGB, dan 100% DCI-P3, ia mampu memaparkan warna yang realistik serta perincian yang lebih jelas.
Skrin bersaiz 11.5 inci dengan nisbah skrin-ke-badan 86%, memberikan paparan yang lebih luas, sesuai untuk menonton siri kegemaran atau menghadiri kelas dalam talian.
Kadar segar semula pintar 120Hz secara automatik menyesuaikan kelajuan berdasarkan penggunaan. Ia memastikan pergerakan lancar semasa adegan aksi dalam filem dan menjimatkan tenaga ketika membaca e-buku atau menonton video online.
Peranti HONOR sentiasa menjadi peneraju dalam teknologi perlindungan mata, dan tablet ini memastikan mata anda kekal selesa walaupun digunakan untuk tempoh yang lama.
Pensijilan TÜV Rheinland pada tahap perkakasan untuk Low Blue Light dan Flicker-Free, memastikan mata pengguna sentiasa dilindungi daripada cahaya biru yang berlebihan dan kesan kelipan skrin.
Dengan HONOR Pad X9, nikmati pengalaman penggunaan yang lebih selesa tanpa menjejaskan kesihatan mata.
Bateri tahan lebih lama
Model terdahulu dilengkapi bateri 7250mAh, manakala HONOR Pad X9a kini dinaik taraf dengan bateri 8300mAh untuk ketahanan yang lebih lama.
Jika sebelum ini hanya menyokong pengecasan pantas 22.5W, generasi terbaru ini telah dinaik taraf kepada 35W fast charging untuk pengisian lebih pantas dan efisien.
Dengan kapasiti bateri 8300mAh, anda boleh menikmati tontonan tanpa gangguan sehingga 11.7 jam dengan sekali cas penuh. Sama ada menonton drama Korea, rancangan realiti, atau maraton filem, HONOR Pad X9a mampu bertahan sepanjang hari tanpa kebimbangan kehabisan bateri.
Tambahan pula, ia menyokong 35W HONOR SuperCharge, membolehkan anda mengecas semula dengan pantas dan kembali menggunakan peranti tanpa perlu menunggu lama.
Tontonan ke next level!
HONOR Pad X9a menjadikan pengalaman menonton drama lebih mengasyikkan dengan sistem bunyi stereo surround empat pembesar suara yang memberikan audio kaya dan mendalam, seolah-olah anda berada dalam babak bersama watak kegemaran anda.
Sama ada momen penuh emosi atau aksi yang mendebarkan, algoritma peningkatan frekuensi rendah memastikan bunyi yang lebih dalam dan berkualiti sinematik.
Selain itu, dengan peningkatan bunyi sehingga 200% lebih kuat, anda tidak akan terlepas walaupun hanya bisikan halus atau runut bunyi dramatik, walaupun dalam persekitaran yang bising. Sangat terperinci, sesuai untuk kaki movie dan series.
Harga bermula RM999
Jika model terdahulu bermula pada harga RM1,099, tapi untuk HONOR Pad X9a kini boleh didapati pada harga serendah RM999.
Versi WiFi – RM999
Versi LTE – (Harga belum diumumkan) (Tarikh Pelancaran: 10 April)
Kedua-dua versi didatangkan dengan papan kekunci Bluetooth dan stylus.
Sepanjang tempoh jualan pertama, setiap pembelian HONOR Pad X9a akan menerima keahlian VIP iQiyi selama 3 bulan secara percuma. Bolehlah marathon series kegemaran lepas ni!
Selain dari model ini, nantikan pada 10 April 2025 nanti di mana HONOR akan mengumumkan line-up terbaru All-Scenario Product yang direka bukan hanya untuk kerja, malah untuk kecergasan, kreativiti dan kembara.
Produk termasuk tablet, laptop, earbud dan smartwatch. Nantikan pelancaran rasmi dan dapatkan tawaran eksklusif ini!