Oh! Tech

TnG eWallet Tambah Ciri Baru, Pengguna Dapat Notifikasi Sekiranya Data Peribadi Mengalami Kebocoran

Published on

Aplikasi Touch n Go eWallet kini menambah sebuah ciri baharu dengan fokus terhadap data peribadi, iaitu MyCyberShield.

Ciri terbaharu ini menawarkan pelan langganan berbayar yang memberikan notifikasi kepada pengguna serta-merta apabila data peribadi pengguna mengalami cabaran.

Malah, MyCyberShield bantu memantau alamat emel pengguna dan seterusnya memberikan notifikasi atau emel apabila terdapat sebarang kebocoran.

Dalam pada itu, ciri ini pada TNG eWallet dijayakan bersama kerjasama pihak F-Secure.

Korang boleh langgan TnG eWallet ini pada harga RM9.99 untuk tiga bulan, RM18.99 untuk enam bulan atau RM36.99 untuk setahun.

Sementara itu, terdapat juga beberapa perkhidmatan percuma yang memberikan perkhidmatan yang lebih kurang sama , iaitu Firefox Monitor dan Have I Been Pwned.

BACA: Aplikasi Touch N Go eWallet Sukar Untuk Diakses, Hadapi Masalah Teknikal

Terdahulu, aplikasi Touch n Go eWallet iaitu dompet digital menghadapi masalah teknikal dimana sukar untuk diakses orang ramai.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Penting ke atau korang rasa tak perlu?

♬ original sound – Oh! Media – Oh! Media

Exit mobile version