Oh! Geekz
Aplikasi Touch N Go eWallet Sukar Untuk Diakses, Hadapi Masalah Teknikal
Aplikasi Touch n Go eWallet iaitu dompet digital menghadapi masalah teknikal dimana sukar untuk diakses orang ramai.
Malah, aplikasi itu akan tergendala secara automatik dan ia akan log keluar akaun.

Menurut pihak TNG eWallet, mereka di dalam proses menyelesaikan masalah teknikal ini. Walau bagaimanapun, pengguna masih boleh menggunakan ciri PayDirect dan RFID jika mempunyai baki yang mencukupi dalam dompet digital berkenaan.
Dalam pada itu, setakat ini tiada sebarang latar masa diberikan bagi perkhidmatan tersebut kembali beroperasi seperti biasa.
Kredit: amanz
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM