Connect with us

Oh! Media

Threads Hilang 25% Pengguna Aktif Selepas Seminggu Dilancarkan

threads

Oh! Tech

Threads Hilang 25% Pengguna Aktif Selepas Seminggu Dilancarkan

Aplikasi media sosial yang baru sahaja dilancarkan iaitu Threads dilaporkan mengalami kehilangan pengguna aktif selepas seminggu dilancarkan.

ADVERTISEMENT

Menurut Smiliarwebs, iaitu syarikat data dan analitik digital menyatakan jumlah pengguna aktif harian Threads menunjukkan penurunan kepada 25% diseluruh dunia.

Malah, Tower Sensor juga memaklumkan perkara yang sama iaitu jumlah pengguna harian aktif menurun kepada 20% dengan purata masa yang dihabiskan oleh setiap pengguna adalah 10 hingga 20 minit dan bersamaan pengurangan sebanyak 50%.

threads

Sementara itu, berikut adalah beberapa kemungkinan utama penurunan pengguna aktif harian Threads iaitu pengguna hanya mahu mengikut trend semasa.

Bukan itu sahaja, kemungkinan lain adalah keupayaan atau ciri yang dibawakan pada aplikasi masih lagi terhad.

Dalam pada itu, Meta turut menawarkan ciri yang berbeza menjadikan aplikasi berkenaan sebagai alternatif kepada Twitter.

BACA: Baru 2 Jam Dilancarkan, Threads Sudah Ada Lebih 2 Juta Pengguna

Sebelum ini, Threads telah mencipta rekod tersendiri apabila mempunyai 100 juta pengguna selepas 4 hari dilancarkan.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pemabaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas