Oh! Tech

Shopee Dijangka Mula Hantar Pesanan Makanan Ke Rumah Tak Lama Lagi?

Published on

Sebut saja pasal shopping online, dalam fikiran mesti akan terbayang-bayang Shopee yang merupakan sebuah platform e-commerce terkenal pada ketika ini, betul tak? 

BACA : Ini Trick Dapatkan Baucar Ekstra RM500 Shopee Guaranteed, Jom Claim Sekarang!

Bukan setakat platform untuk dapatkan pelbagai barangan, Shopee juga akan ada rider bagi menghantar pesanan makanan di hadapan pintu rumah korang tak lama lagi melalui ShopeeFood. Pergh! Memang terbaik.

Untuk peringkat permulaan, ShopeeFood dijangka akan memulakan operasinya tak lama lagi di sekitar Lembah Klang terlebih dahulu sebelum meluas ke tempat-tempat lain. 

Sama saja seperti platform penghantar makanan lain, korang boleh membuat pesanan makanan di restoran berdekatan melalui ShopeeFood tak lama lagi.

ShopeeFood juga secara tak langsung menambah peluang pekerjaan kepada individu lain diluar sana. Apapun, kita tunggu sehingga Shopee memaklumkan sendiri hal ini.

Kredit: ShopeeFood

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version