Connect with us

Oh! Media

Samsung Take Over Bukit Bintang Jadi Flip Town

Oh! Tech

Samsung Take Over Bukit Bintang Jadi Flip Town

Baru-baru ini, Samsung telah melancarkan siri terbaru telefon pintar Galaxy Z yang dinanti ramai iaitu Z Flip5 dan Z Fold5. Pra tempahan telah dibuka sejak awal bulan dan akan berakhir 17 Ogos ini. [KLIK SINI]

ADVERTISEMENT

Bagi memberikan pengguna dan peminat Samsung pengalaman awal menggunakan Z Flip5 dan Z Fold5, Samsung Malaysia telah ‘menawan’ kawasan segitiga emas di ibu negara, Bukit Bintang menjadi Flip Town.

Eksperimentasi Dengan Siri Galaxy Z

Kalau sebut je Bukit Bintang mesti terbayang makanan-makanan viral dan hot spot untuk bergambar kan?

Bagi mempromosikan siri Galaxy Z, Samsung telah menukar kawasan ini menjadi Flip Town, di mana pengguna atau sesiapa saja yang ingin merasai pengalaman menggunakan Z Flip5 dan Z Fold5 boleh datang dan loan telefon pintar ini buat sementara waktu. 

Untuk pengetahuan kedua-dua model ni masih belum dijual di pasaran ya. Inilah masanya untuk korang FLEX!

Terdapat dua kawasan hot spot yang korang kena pergi sebab tempat yang dipilih sangat instagramable dan paling penting ada ahli BTS, Suga dan Jimin sebagai background.

@ohmedia Flip Town Experiential Zone @ Bukit Bintang. #bts #army #armymalaysia #suga #jimin #GalaxyZFlip5 #GalaxyZFold5 #JoinTheFlipSide #MYFlipTown @Samsung Malaysia ♬ original sound – Oh! Media

Mulakan pengembaraan ke Optimist Coffee, Jalan Bukit Bintang sekarang hingga 13 Ogos (lorong ni terletak di bahagian belakang Lot 10). Di sini ada background besar gambar Jimin BTS dan meriah dengan props bergambar yang cool.

Check out selfie box dan convex mirror serta rakamkan gambar atau video korang yang paling kreatif. Jangan lupa ambil stiker comel yang disediakan. 

Lepas tu, jalan sikit ke hadapan Pavilion Bukit Bintang dan korang boleh akan nampak Flip Town Experiential Zone (sehingga 16 Ogos) berdekatan pintu masuk utama. Dari jauh korang dah boleh nampak gambar Suga BTS yang sedang memegang Z Fold5. 

Inilah saatnya untuk unfold kreativiti korang dengan FlexCam bersama siri Galaxy Z.

Maklumat lanjut tentang Samsung Flip Town, klik SINI.

Jangan lupa kongsikan gambar atau video korang di media sosial dengan hashtag #GalaxyZFlip5, #GalaxyZFold5, #JoinTheFlipSide, #MYFlipTown, dan ikuti serta tag @GalaxySpaceMY dan @samsungmalaysia.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas