Connect with us

Oh! Media

Samsung Perkenal Galaxy Tab S7 FE, Tampil Dengan Reka Bentuk Premium & S Pen

Samsung Galaxy Tab S7 FE (1)

Oh! Tech

Samsung Perkenal Galaxy Tab S7 FE, Tampil Dengan Reka Bentuk Premium & S Pen

Selepas sambutan memberangsangkan diterima Galaxy Tab S7 dan Galaxy Tab S7+, Samsung kali ini menawarkan Galaxy Tab S7 Fan Edition (FE).

ADVERTISEMENT

Model FE dijual pada harga yang lebih berpatutan bagi memberi peluang kepada lebih ramai pengguna menikmati teknologi Samsung.

Skrin 12.4 inci sama seperti tab flagship

Skrin hadapan Galaxy Tab S7 FE

Galaxy Tab S7 FE hadir dengan paparan 12.4 inci yang memberikan pengguna pengalaman baru untuk berhibur, bekerja dan meluahkan kreativiti hanya pada satu peranti.

Kemasan sisi dan bahagian belakangnya pula ialah metalic, memberikan rasa yang lebih premium dan juga ringanserta selesa untuk dipegang (610 g). Tidak seperti yang kami bayangkan untuk tab yang bersaiz besar.

Didatangkan dengan skrin LCD, kadar segar semulanya sekadar 60Hz sahaja, tapi ia memadai dengan resolusi QHD.

Untuk kamera utama, ia mempunyai resolusi 8.0MP dan kamera hadapan pula 5.0MP. 

Tingkat produktiviti dengan S Pen

Tab S7 FE bantu tingkat produktiviti

Tab S7 FE turut didatangkan dengan S Pen (ciri standard tanpa Bluetooth dan air gesture), yang pastinya dapat meningkatkan produktiviti pengguna dan ia sangat membantu untuk mencatat nota pada Samsung Note.

Selain berkarya dengan Canva, Clip Studio Paint dan sebagainya.

Spesifikasi Tab S7 FE

Antara warna yang ditawarkan Tab S7 FE

Dengan kemasan logam yang ramping dan bergaya, Galaxy Tab S7 FE hadir dalam tiga warna menarik untuk memenuhi gaya peribadi korang: Mystic Black, Mystic Silver, dan Mystic Pink. 

Walaupun dengan paparan besar, Galaxy Tab S7 FE mempunyai profil tipis dan ringan, dan mempunyai bateri yang berkapasiti 10,090 mAh yang membolehkan korang streaming, bekerja, dan melayari media sosial dengan mudah dan untuk waktu yang panjang.

Menggunakan prosesor Octa-Core dengan dua pilihan memori (4 + 64GB) dan (6 + 128GB), ia boleh menampung micro SD sehingga 1TB. CPU speednya pula masing-masing 1.8GHz dan 2.4GHz.

Galaxy Tab S7 FE (4 + 64GB) dijual pada harga RM1,899, manakala versi (6 + 128GB) dijual pada harga RM2,199. 

Promosi pembelian Galaxy Tab S7 FE

Mulai sekarang hingga 31 Oktober 2021, korang yang buat pembelian Galaxy Tab S7 FE akan menerima hadiah PERCUMA yang menarik.

Untuk Galaxy Tab S7 FE (4 + 64GB), pelanggan akan membawa pulang hadiah percuma Book Cover. 

Pembelian Galaxy Tab S7 FE (6 + 128GB) pula, pelanggan akan mendapat Book Cover dan Smart Keyboard Trio 500.

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti Samsung, layari https://www.samsung.com/.

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas