Fungsi sistem operasi adalah untuk menghubungkan software bersama hardware. Seperti semua tahu, kebanyakan telefon pintar di pasaran ketika ini menggunakan sistem operasi Android dan antaranya adalah Samsung, Oppo, Vivo dan sebagainya.
Menurut laporan Fuzz.my, pengeluar telefon pintar yang mempunyai pengguna yang ramai iaitu Samsung telahpun bersedia menggunakan Fuchsia OS bagi menggantikan Android. Pernah dengar tak?
Untuk pengetahuan, Fuchsia OS ini telah tersedia pada tahun 2016 oleh Google dan produk pertama yang telahpun menerima kemaskininya adalah Nest Hub.
Sumber juga mengatakan bahawa Fuchsia OS ini mempunyai banyak kelebihan berbanding Android. Bukan tu jer, ianya juga dikatakan lebih mudah untuk digunakan.
Bagi penggemar telefon pintar keluaran Samsung, korang dah bersedia nak beralih ke sistem operasi baru? Bagaimanapun, ianya masih belum ada kata putus lagi. Nak tahu betul ke tidak, sama-sama kita tunggu pengesahan dari Samsung sendiri.