Connect with us

Oh! Media

Samsung Galaxy A32, Model Smartphone 5G Harga Kompetitif, Ini Yang Korang Kena Tahu

Oh! Tech

Samsung Galaxy A32, Model Smartphone 5G Harga Kompetitif, Ini Yang Korang Kena Tahu

Samsung Galaxy A32 telah dilancarkan di Malaysia baru-baru ini dan mengakhiri penantian peminat jenama telefon pintar ini. Model ini adalah model telefon pintar tahap sederhana untuk kerja harian dan juga hiburan. Senang cakap 2 dalam 1.

ADVERTISEMENT

Kamera kuad 64 MP

Galaxy A32 direka dengan kamera utama 64 MP untuk hasil foto yang terang, jelas dan terperinci. Nak snap untuk kenang-kenangan atau photo ops untuk laman sosial, inilah model yang korang cari-cari. Selain itu, ia juga dilengkapi Lensa Ultra-Lebar 8MP dengan medan pandangan 123-darjah. Jadi, kalau korang nak ambil gambar landskap dari tempat tinggi, memang sangat sesuai, barulah semua elemen dapat dirakam sempurna.

Siapa kaki selfie? Model ni juga bawakan kamera depan 20 MP untuk korang berswafoto, Instagram ke Twitter atau nak share dengan yang tersayang, terpulanglah.

Untuk sesuatu lebih ekstra, Galaxy A32 juga menyediakan mod Hyperlapse, Night mode, Slow-mo, Panorama dan Pro.

Skrin lebih lebar, lebih puas

Selain kamera, skrin juga antara ciri pertama yang jadi kriteria penting dalam memilih telefon pintar. Ada sesetengah orang lebih suka skrin yang kecil, ada yang gemarkan skrin yang lebar, barulah puas layan Netflix atau bersosial media ataupun bergambar kan?

Galaxy A32 tersedia dengan skrin 6.4-inch FHD + Super AMOLED Infinity-U Display, dengan kadar segar semula 90Hz. Untuk korang yang banyak menggunakan telefon pintar sama ada untuk kegunaan harian atau belajar & bekerja, mesti boleh tarik nafas lega dengan ciri Eye Comfort Shield.

Ciri ini menyesuaikan suhu warna paparan secara automatik, berdasarkan corak penggunaan telefon pintar, memberikan peluang kepada pengguna untuk menonton dengan lebih lama di bawah perlindungan.

Prestasi tiada tandingan

Dengan prosesor Octa-core korang nak settlekan sesuatu kerja satu persatu atau secara multitask pun tak ada masalah. Prosesor ini menunjukkan kualiti prestasi terbaik untuk korang.

Model ini mempunyai pilihan RAM 8GB digandingkan dengan kapasiti memori dalaman 128GB, boleh dinaiktaraf sehingga 1TB. Nak simpan banyak gambar atau perlu guna banyak apps untuk kerja atau bersantai? Bukan lagi masalah guys!

Berita baik untuk kaki game, tahu tak Game Booster pada model ini mengawal prestasi permainan game dan mengubah pengesetan secara automatik. Ini termasuklah hayat bateri, suhu dan penggunaan memori untuk memberikan pengalaman terbaik apabila bermain game.

Model ini mempunyai 4 warna menawan untuk dipilih iaitu Awesome Black, Awesome White, Awesome Blue dan Awesome Violet. Berbanding dua varian selainnya, Galaxy A32 dijual pada harga paling kompetitif iaitu RM1,099 (RM1,199 untuk 5G).

Dengan bateri berkapasiti 5,000mAH, korang boleh bebas gunakan seharian tanpa perlu mengecas. Dengan Adaptive Fast Charging 15W, kalau perlu mengecas pun cepat je dah penuh, tak perlu tunggu lama-lama.

Untuk info lanjut mengenai siri Galaxy A32 ini, boleh kunjungi laman web rasmi Samsung di SINI.

Teruskan membaca..
Berita lain yang popular...
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas