Connect with us

Oh! Media

(REVIEW) Kali Ni Samsung Menang. Galaxy Buds2 Pro Selesa Di Telinga & Fungsi ANC Lebih Mantap!

Oh! Tech

(REVIEW) Kali Ni Samsung Menang. Galaxy Buds2 Pro Selesa Di Telinga & Fungsi ANC Lebih Mantap!

Earbuds atau earphones, mana satu pilihan korang?

Memandangkan sekarang ni gajet dah semakin canggih, peranti sokongannya turut tak ketinggalan.

ADVERTISEMENT

Kalau korang mengikuti perkembangan Samsung, korang mesti tau semasa Galaxy Unpacked pada bulan Ogos lepas, Samsung telah memperkenalkan flagship terbaru untuk earbudnya iaitu Galaxy Buds2 Pro. 

Bagi pengguna Samsung seperti penulis, ini sesuatu yang dinantikan, sebab sebelum ni penulis menggunakan Galaxy Buds Live. Walaupun kawalan hingar aktif (ANC) nya boleh dianggap memuaskan tetapi bentuknya agak mengganggu, terutamanya mereka yang mempunyai saiz telinga yang agak kecil (Senang terkeluar).

So, kali ini penulis cuba pula Galaxy Buds Pro 2 sebab dah diracuni dengan ciri-ciri yang ditawarkan.

ANC lebih mantap. Automatik reduce sound kalau bercakap!

Bila kerja dalam suasana yang riuh, kadang-kadang kalau sumbat earphone kat telinga pun masih boleh dengar bunyi bising.

Inilah salah satu sebab penulis suka gunakan earphone jenis earbuds, sebabnya ia tanpa wayar dan paling best ada fungsi ANC.

Berbanding model sebelumnya Buds2 Pro ni ada 3 mikrofon SNR (signal-to-noise ratio) yang tinggi, so dia boleh detect lebih banyak bunyi yang datang dari luar dan “mendiamkan” bunyi tu.

Kalau fungsi ANC ni diaktifkan serius korang tak dengar bunyi sekeliling, biarlah boss teriak atau kawan sebelah bergosip pun korang tak dengar. Seolah-olah ada kat dunia sendiri yang mendamaikan.

Lepas tu, kalau nak bercakap dengan orang dah tak perlu nak menjerit-jerit atau nak perlahankan audio sebabnya, bila korang start je bercakap Buds2 Pro ni akan matikan fungsi ANC dan aktifkan fungsi mod bunyi sekeliling (Voice Detect), so korang boleh dengar perbualan dengan jelas dan tak perlu nak tanggalkan earbuds daripada telinga.

Audio lagi ‘clean’ dengan 24 bit Hi-Fi audio

Sejujurnya penulis bukanlah orang yang details tentang bunyi atau lagu, tapi berbeza bila pakai Buds2 Pro ni, ada details daripada muzik yang korang boleh rasai sendiri.

Sebab penulis jenis layan lagu pop, penulis dapat rasakan perbezaan muzik bila dengar dengan earbuds ni berbanding earbuds biasa.

Ni mungkin kerana fungsi Samsung Seamless Codec yang dikemas kini boleh encode audio 24-bit penuh dan decode kepada pada Galaxy Buds2 Pro dengan bunyi berkualiti tinggi 24-bit yang sama.

Audio pintar 360 pula jadikan audio kedengaran lebih realistik dengan Direct Multi-channel (5.1ch / 7.1ch / Dolby Atmos ®). Kalau korang bergerak atau berjalan pula, bunyi dia macam ikut sekali. Real gitu!

Saiz lagi selesa, terletak di telinga

Kalau tadi penulis ada cakap tentang size earbuds kan? Haaa.. Untuk saiz Buds2 Pro ni, saiznya dah dikurangkan sehingga 15 peratus. 

Bila pakai tu elok je terletak dekat telinga. Korang akan dapat juga tiub silikon untuk sumbat telinga tu dengan 3 saiz berbeza (11mm, 13mm,15mm). Ni pandailah korang adjust mana yang fit dengan telinga korang.

Bagi model kali ini, kami ingin berterima kasih kepada Samsung kerana menyelesaikan masalah hypersensitiviti pada panel sentuhan Galaxy Buds2 Pro ni. Pengalaman penulis sendiri, kami merasa agak terganggu apabila tersentuh sedikit atau tanpa sengaja, Buds terus bertindak balas seperti menyebabkan muzik yang dimainkan terhenti.

IPX7 Water Resistance

Ini salah satu fungsi yang dipertingkat untuk Galaxy Buds2 Pro, mempunyai ciri kalis air dengan penarafan IPX7 berbanding IPX2 untuk siri sebelum ini. Kira kalau kena hujan sikit-sikit bukan masalah, tapi pada kami ia tidak sesuai digunakan untuk melakukan sukan berat seperti berlari atau berbasikal lasak kerana permukaannya yang licin akan menyebabkan ia mudah terkeluar daripada telinga.

Kalau semua di atas merupakan kelebihan untuk Samsung Buds2 Pro, malangnya ada beberapa perkara yang kami rasa Samsung boleh tambah baik di masa hadapan.

Ketahanan bateri kurang 5 jam

Apabila bekerja, earbuds merupakan rakan baik penulis untuk mengurangkan gangguan bunyi daripada persekitaran, walaupun fungsi ANC Galaxy Buds2 Pro boleh dikatakan terbaik, tapi baterinya pula tidak mencapai expectation yang penulis mahukan.

Bila fungsi ANC dihidupkan dengan penggunaan berterusan, Galaxy Buds2 Pro mampu bertahan kurang lebih 5 jam sebelum perlu dicas semula. Bayangkan bekerja dalam persekitaran yang bising tanpa muzik di telinga. Stress ya!

Satu lagi yang kami agak kecewa ialah casing yang mudah calar jika tidak menggunakan cover, sama seperti ciri sebelum ni. Bayangkan tengok bekas earbuds yang comel ni tercalar, sedih tau!

Tapi jika tanya kami, adakah berbaloi untuk memiliki Galaxy Buds2 Pro, bagi pengguna Samsung?

Jawapannya YA, SANGAT BERBALOI!

Bukan hanya kerana fungsi yang dipertingkatkan, kelebihan sebagai pengguna Samsung ialah anda boleh menggunakan feature eksklusif yang ditawarkan.

Dijual pada harga RM899.00, Galaxy Buds2 Pro mempunyai 3 warna iaitu Bora Purple, Graphite dan White.

Buat pembelian sekarang di https://www.samsung.com/ dan anda akan dapat cover Galaxy Buds2 Pro bernilai RM99 secara PERCUMA!

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas