Connect with us

Oh! Media

Pertaruh Teknologi AI, Samsung Galaxy S24+ Beri Pandang Pertama Yang Berbeza

Galaxy AI (S24+) Oh! Media

Oh! Tech

Pertaruh Teknologi AI, Samsung Galaxy S24+ Beri Pandang Pertama Yang Berbeza

Bila Samsung keluar saja flagship baru, tidak sah jika ia tidak mendapat perbandingan dengan model telefon iOS di pasaran. 

ADVERTISEMENT

Kali ni, kami bukan nak berkongsi tentang varian tertinggi siri Galaxy S24, iaitu S24 Ultra, sebaliknya kami nak review sedikit tentang satu lagi varian dalam siri ini iaitu S24+.

Dilancarkan pada 18 Januari yang lalu, siri Galaxy S24 diluncurkan sebagai Galaxy AI yang menjadi kekuatan untuk flagship kali ini. Mengaplikasikan teknologi kecerdasan buatan (AI) yang terbina, Samsung mengorak langkah berani memanipulasi fungsi AI untuk memudahkan kehidupan seharian.

Semasa pelancaran rasmi di Malaysia, media telah diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan siri Galaxy S24.

Rasa Lebih Ringan Berbanding Siri Terdahulu- Pandang Pertama Samsung Galaxy S24+

Kami yakin peminat Android khususnya Samsung begitu teruja dengan teknologi baru yang diperkenalkan iaitu Galaxy AI. Persoalannya, adakah ia memenuhi jangkaan?

Spesifikasi Samsung Galaxy S24+

-Pemproses: Exynos 2200

-Paparan: 6.7″ QHD+, 3120 x 1440 piksel, DynamicAMOLED 2X

-Kamera Belakang: 50MP OIS (Wide), 10MP OIS (Tele), 12MP (Ultra Wide)

-Kamera Hadapan: 12MP AF

-Bateri: 4,900 mAh

-Memori (Storage) : 12 GB + 256 / 512 GB

-Berat: 197g

Tahun ini tidak menyaksikan sebarang perubahan pada reka bentuk luaran Galaxy S24+. Namun satu perbezaan ketara yang membangkitkan keterujaan mengendalikannya, ialah bahan yang digunakan untuk membuat model baru ini.

Untuk pengetahuan siri Galaxy S24 adalah yang pertama dalam seluruh siri Galaxy S yang diperbuat daripada bahan kitar semula, ini merupakan sebahagian daripada usaha Samsung memenuhi matlamat penggunaan bahan kitar semula baru.

Perbezaan saiz Galaxy S24 dan S24+

Ini termasuk reka bentuk yang mengandungi keluli kitar semula dan Thermoplastic Polyurethane (TPU). Jujur kami katakan keseluruhan siri Galaxy S24 lebih ringan, mudah dan selesa untuk dipegang. 

Walaupun lebih ringan, bahan yang diguna dikatakan lebih kuat dan dapat melindungi telefon pintar korang.

Bezel Galaxy S24+ lebih nipis dengan paparan 6.7 inci yang turut menyokong tahap QHD+ yang sama seperti Galaxy S24 Ultra. Ini merupakan peningkatan ketara bagi paparan skrin kerana terdapat rungutan mengenai perbezaan skrin untuk siri sebelum ini.

Galaxy AI jadi kekuatan Siri Galaxy S24

@productnationco Samsung's new Galaxy AI LIVE real-time call translation feature blew my mind! Real time translation for upto 17 languages. Imagine travel now? Its going to be so much easier to communicate and get this done on your own without having the hassle of translation! #galaxyai #samsung #s24ultra #livecalltranslation #samsungtranslation ♬ original sound – ProductNation 🇲🇾

Sorotan utama siri Galaxy S24 tahun ini adalah pengenalan kepada Galaxy AI.

Galaxy S24+ menggunakan pemproses Exynos 2200 yang memberikan kecekapan kepada pelbagai ciri AI yang terbina untuk telefon pintar ini, seperti Live Translate, Circle to Search with Google, Chat Assist, Note Assist dan banyak lagi (Akan diulas secara mendalam pada artikel akan datang).

Apa yang mengagumkan ialah melihat betapa cepat Galaxy AI menangani permintaan yang diberikan. Apabila menggunakan fungsi Live Translate dengan rakaman suara kami dalam dua bahasa yang berbeza, ia dapat mengendalikan rakaman dengan lancar dan menterjemah tanpa sebarang masalah atau kelewatan.

Buat masa ini ia hanya menyokong 17 bahasa dan kami dimaklumkan bahasa lain (termasuk Bahasa Malaysia) akan dikemas kini kelak.

Paling menarik untuk kami ialah penterjemahan ini dapat dilakukan tanpa WiFi atau data selular. Hanya perlu muat turun sahaja bahasa yang diinginkan terlebih dahulu.

Cuba bayangkan kalau pergi melancong ke luar negara- ia umpama alat penterjemah yang siap sedia untuk membantu menyelesaikan masalah kekangan bahasa yang dihadapi.

Kamera Tiada Peningkatan Ketara- Tapi Ada Penyelamat Dengan Galaxy AI

Satu lagi yang tidak kurang penting untuk telefon pintar ialah fungsi kamera. Secara peribadi kami rasakan tiada peningkatan ketara dari segi spesifikasi, hanya saiz kamera yang sedikit besar (kami galakan pakai casing untuk elak tercalar).

Yang membezakan Galaxy S24+ tahun ini ialah Galaxy AI-nya. Bagi yang suka mengambil dan mengedit gambar. Nampaknya korang dah boleh ucapkan selamat tinggal pada editing tools yang digunakan sebab Galaxy AI boleh buat semua ni. 

Semasa pelancaran Siri S24 minggu lalu, kami telah dipertontonkan dan diberi peluang untuk mencuba sendiri ‘upgrade’ kamera ini. 

Melalui fungsi Edit Suggestion yang terbina, korang boleh menghilangkan refleksi bayangan dalam gambar. Malah bukan tu je, siapa boleh cut, crop, paste guna fungsi yang sedia terbina dalam telefon, tidak perlu pening nak langgan aplikasi pengeditan.

Untuk pandang pertama ni kami boleh katanya bahawa siri Galaxy S24 ialah mungkin merupakan salah satu telefon pintar AI terbaik yang boleh didapati di pasaran masa kini.

Kami tak sabar nak try guna sendiri sebelum berkongsi ulasan yang lebih mendalam. So stay tuned guys.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan Galaxy S24+ ia dijual pada harga RM4899 untuk (12/256GB) dan RM5399 untuk 12/512GB. Ia hadir dengan kabel pengecas USB-C ke USB-C, manual dan pin SIM.

Maklumat lanjut atau pratempah layari https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-s24/.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas