Connect with us

Oh! Media

Pengguna Whatsapp Hanya Boleh ‘Forward’ Mesej Sekali Jer Di Group Tak Lama Lagi?

D931e845 1aec 4f24 bf7a af243a58a24c

Oh! Tech

Pengguna Whatsapp Hanya Boleh ‘Forward’ Mesej Sekali Jer Di Group Tak Lama Lagi?

Rasanya ramai yang dah mula sedar bahawa Whatsapp merupakan salah satu platform yang paling pantas menyebarkan sesuatu info sekarang ni, betul tak?

BACA : Whatsapp Dijangka Hadir Dengan Ciri ‘Poll’, Boleh Buat Undian Dalam Group?

Perkara ini memang satu benda yang bagus, tapi masalahnya yang tersebar tu kebanyakkannya adalah berita palsu. Pantang dapat sesuatu berita jer terus ‘forward’ dekat group-group lain, masalahnya korang selidik tak berita tu sahih ataupun tidak dulu sebelum share? 

IKLAN

Menurut laporan WABetaInfo, Whatsapp dikatakan telah mula menguji satu ciri baru dimana mereka akan mengehadkan sesuatu mesej itu dan membenarkan ianya di ‘share’ sekali saja ke Whatsapp Group.

24b6106e 0e02 4374 af8d ed6162271aa6

Dengan ciri ini, pengguna tidak dibenarkan share sesuatu mesej tersebut berulang-kali ke group yang lain. Maknanya, kalau nak share tu dekat satu group je boleh.

Perkara ini akan membuatkan berita palsu agak sukar untuk dikongsi walaupun Oh! Media sendiri tidak tahu apakah fungsi ciri ini diuji pihak Whatsapp. 

Apapun, tunggu jelah adakah benar ciri ini akan dikuatkuasakan pihak Whatsapp ataupun tidak nanti. Apa pandangan korang?

Kredit: WABetaInfo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas