Connect with us

Oh! Media

Whatsapp

Oh! Tech

Pengguna Kod Android Ini Tidak Dapat Gunakan Aplikasi Whatsapp Bermula November?

Whatsapp yang merupakan satu aplikasi permesejan paling popular mengumumkan yang mereka akan menamatkan sokongan pada peranti yang menggunakan Andrios 4.04 ke bawah bermula November ini.

BACA : Whatsapp Perkenal Fungsi ‘View Once’, Foto Dan Video Boleh Dilihat Sekali Je

IKLAN

Menurut laporan Fuzz.my, Android 4.04 dengan kod nama Ice Cream Sandwich ini sudah dilancarkan pada tahun 2011 dan kini telahpun berusia 10 tahun. Pergh! Memang patutlah pun kan? Sebab dah lama sangat.

Disebabkan itu, Whatsapp meminta untuk sesiapa yang masih menggunakan peranti yang hanya menyokong Android 4.04 itu supaya beralih ke telefon pintar yang menyokong Android 5.0 dan ke atas. Kalau tidak, korang tak boleh gunakan aplikasi ini lagi.

Sebelum ini, Whatsapp telah memperkenalkan ciri baru yang membenarkan pengguna menghantar gambar pada resolusi tinggi. Bukan tu jer, mereka juga turut menawarkan ciri ‘view once’ yang membolehkan penerima melihat gambar ataupun video yang dihantar oleh pengguna hanya sekali sahaja.

Kredit: Fuzz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas