Connect with us

Oh! Media

Pemerintah China Hadkan Penggunaan TikTok 40 Minit Sehari

Ohmedia tiktok

Oh! Tech

Pemerintah China Hadkan Penggunaan TikTok 40 Minit Sehari

Sebelum ini pemerintah China dilaporkan telah menyekat sebarang program pencarian bakat baharu yang mempromosikan lelaki lembut. Mereka turut mengarahkan semua agensi penyiaran untuk tidak mengeluarkan artis yang mempunyai perangai buruk. Ini semua dilakukan bagi memastikan rakyat negara itu tidak terlalu mengagungkan golongan artis.

Terkini, pemerintah China sekali lagi membuat perubahan terhadap sistem hiburan untuk rakyat mereka apabila mengehadkan waktu menggunakan aplikasi TikTok.

TikTok versi negara China dikenali sebagai Douyin ini mengehadkan tempoh akses bagi pengguna yang berumur 14 tahun ke bawah. Ibu bapa atau penjaga boleh mengaktifkan Youth Mode dan mereka hanya boleh mengakses TikTok dari jam 6 pagi hingga 10 malam sahaja. Melalui mod ini juga, mereka hanya dibenarkan untuk melihat video di TikTok selama 40 minit sehari.

IKLAN

Apa yang dilakukan pemerintah China ini amat baik untuk mengelakkan anak muda terus terleka dengan hiburan serta ketagihan media sosial.

Kredit: Sinarplus

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas