Connect with us

Oh! Media

Peluang Terbuka Untuk Peniaga Tempatan! Ini Cara Untuk Daftar TikTok Shop Malaysia

Ohmedia tiktok shop

Oh! Tech

Peluang Terbuka Untuk Peniaga Tempatan! Ini Cara Untuk Daftar TikTok Shop Malaysia

Jika dulu aplikasi TikTok dilihat tidak baik untuk anak muda tetapi kini TikTok telah berjaya menjadikan medium mereka lebih baik. Lihat sahaja apa yang dilakukan TikTok Malaysia apabila sering mempromosikan bahan yang ke arah ilmuan dan berita berbanding joget sana sini.

Memandangkan TikTok kini menjadi pilihan utama pengguna untuk bersosial secara maya berbanding aplikasi lain, TikTok Shop akhirnya diperkenalkan di Malaysia.

TikTok Malaysia sudah mula membuka pendaftaran khas untuk peniaga tempatan sebelum TikTok Shop diperkenalkan tidak lama lagi. TikTok Shop ini nanti membolehkan pengguna untuk membeli barang yang diinginkan secara terus tanpa meninggalkan aplikasi TikTok. Menarik kan?

IKLAN

Daftar perniagaan korang dekat TikTok Shop sekarang!

Fungsi baharu ini sudah tentu membuka peluang kepada peniaga tempatan untuk memajukan lagi perniagaan mereka. Pengguna boleh mempromosikan barang yang dijual secara live dan TikTok akan menambah ikon khas di halaman profil pengguna untuk menunjukkan kita sebahagian daripada TikTok Shop.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas