Oh! Tech
Microsoft Berjaya Atasi Apple Sebagai Syarikat Paling Bernilai Di Dunia
Pesaing tradisi Apple iaitu Microsoft akhirnya berjaya mengatasi mereka sebagai syarikat paling bernilai di dunia bagi kategori nilai pasaran. Apple pada waktu ini sekadar mencapai nilai $2.43 trillion dan Microsoft pula pada sekitar $2.45 trillion.
Perbezaan itu tidaklah begitu ketara tapi ia sudah cukup menunjukkan syarikat mana yang paling bernilai. Walaupun Microsoft tidak begitu mendapat sambutan di Malaysia, tapi mereka sebenarnya berjaya meningkatkan penyata kewangan untuk suku lepas kepada 22%.
Apple alami kerugian kerana kekurangan cip?
Sebelum ini Apple memang sudah mengumumkan mereka terpaksa mengurangkan pengeluaran produk kerana kekurangan bekalan cip di seluruh dunia. Oleh itu, penyata kewangan Apple sedikit terkesan dan mereka terpaksa akur dengan keadaan itu.
Microsoft tidak terkesan dengan masalah cip ini kerana mereka hanya memfokuskan untuk menghasilkan perisian.
Kredit: Amanz
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM