Connect with us

Oh! Media

Menteri Fahmi Fadzil Melaporkan Hanya 4.2% Pengguna 5G Di Malaysia

Ohmedia  Fahmi

Oh! Geekz

Menteri Fahmi Fadzil Melaporkan Hanya 4.2% Pengguna 5G Di Malaysia

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata walaupun liputan rangkaian 5G mencapai  68.8% pada hari ini, tetapi kadar pengguna 5G masih sangat rendah.

Malah, melalui angka yang dikongsikan, kini hanya terdapat 4.2% sahaja pengguna 5G di Malaysia.

Menurut menteri, salah satu sebabnya adalah kerana harga peranti 5G yang masih mahal dan tidak mampu milik di pasaran buat masa ini. 

IKLAN

Fahmi fadzil0812 1670501647

Tambahan, kerajaan sedia menawarkan Pakej 5G Rahmah untuk tujuan berkenaan, disamping subsidi untuk pembelian peranti 5G bagi golongan B40.

Dalam pada itu, hasil daripada pemerhatian kadar liputan 5G dalam bangunan masih tidak meluas membuatkan ramai yang kekal menggunakan rangkaian 4G pada peranti mereka.

Sementara itu, syarikat telekomunikasi mengenakan caj tambahan untuk penggunaan rangkaian 5G membuatkan ada yang tidak melanggan pas tambahan berkenaan.

BACA: Fahmi Fadzil Akan Bertemu Syarikat Telekomunikasi Berkaitan Caj Tambahan Untuk Akses Rangkaian 5G

Terdahulu, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengumumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan syarikat-syarikat telekomunikasi tempatan berkenaan dengan caj tambahan yang dikenakan untuk mengakses perkhidmatan dan rangkaian 5G.

Kredit: Facebook Fahmi Fadzil

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Fahmi fadzil0812 1670501647
  • Ohmedia  Fahmi
  • Ohmedia  Fahmi
  • Fahmi fadzil0812 1670501647
  • Ohmedia  Fahmi
  • Ohmedia  Fahmi

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas