Xiaomi nampaknya terus mengukuhkan lagi jenamanya menerusi pelancaran telefon pintar terbaru, Redmi Note 11.
Lebih hebat lagi, lebih 6500 model Redmi Note 11 dilaporkan telah berjaya dijual dalam masa 24 jam semasa pelancaran minggu lalu.
Sebagai salah satu jenama telefon pintar mampu milik, ini merupakan satu pencapaian yang hebat. Tambahan lagi, dengan ciri telefon pintar yang dipertingkat.
Nicolas Shi, Pengurus Jenama Xiaomi Malaysia & Singapura berkata, mereka berasa sangat bertuah kerana sambutan menggalakkan yang diterima daripada pelanggan dan peminat jenama itu.
“Ciri pada siri Redmi Note 11 kini dipertingkatkan dari segi sistem kamera, kelajuan pengecasan, paparan dan SoCnya. Lebih menguntungkan ia dijual pada harga berpatutan. Ini menjadikan telefon pintar dengan prestasi flagship kini lebih mampu untuk dimiliki”.
Nikmati pengalaman Siri Redmi Note 11 di roadshow berdekatan
Bagi lebih dekat dan memberikan pengguna pengalaman menggunakan model terbaru Redmi ni, roadshow Siri Redmi Note 11 akan diadakan di 3 lokasi terpilih iaitu Sunway Pyramid, Selangor, QueensBay Mall, Penang dan AEON Tebrau City, Johor bermula 23 sehingga 27 Februari 2022.
Banyak tawaran menarik serta hadiah eksklusif terhad menanti pengunjung di roadshow nanti. Bestnya!
Dijual pada harga bermula RM799 bagi Redmi Note 11, RM999 (Redmi Note 11S), RM1099 Redmi Note 11 Pro dan RM1299 (Redmi Note 11 Pro 5G). Rebut peluang menikmati hadiah premium bernilai RM457 dengan setiap tempahan.
Tunggu apa lagi kunjungi Xiaomi Store berdekatan atau buat tempahan di Lazada dan Shopee. Jadi yang terawal menikmati kelebihan telefon pintar mampu milik setanding kualiti flagship Siri Redmi Note 11 hari ini!