Connect with us

Oh! Media

“Kalau Pemanggil Tu Yang Prank, Korang Memang Jahatlah” – DJ Fazziq Muqris

Dj Radio Era

Oh! Geekz

“Kalau Pemanggil Tu Yang Prank, Korang Memang Jahatlah” – DJ Fazziq Muqris

Tular di media sosial rakaman video memaparkan pemanggil wanita misteri menghubungi radio Era (DJ Fazziq Muqris) meluahkan rasa terkilannya mengenai peristiwa silam.

BACA: Duit Bertukar Jadi Daun, Individu Kongsi Kisah Seram Terima Pesanan Dari ‘Makhluk Halus’?

Pada awalnya, dia bercerita seperti biasa sebelum menangis teresak-esak meminta ‘pertolongan’ penyampai radio mengambil beg tangan untuk diberikan kepada ibunya.

IKLAN

Lebih menyeramkan apabila pemanggil itu mengilai sebelum panggilan ditamatkan.

Pemanggil menangis teresak sebelum mengilai

Selepas video viral, ada segelintir netizen menuduh ianya hanyalah lakonan dan gimik radio untuk viral. Betul ke?

DJ Fazziq Muqris nafi gimik

Dj Fazziq Muqris

Menerusi laporan mStar, Fazziq Muqris menafikan ianya gimik kerana mereka sendiri meremang bulu roma ketika kejadian.

Kalau ada yang rasa perkara ini adalah marketing, korang memang silap. Tapi kalau pemanggil tu yang memang nak prank, korang memang jahatlah.

Menjawab kepada momen seram yang sempat dirakam, Fazziq berkata, setiap minggu dia akan buat live di TikTok untuk buka topik bersama pendengar.

Ketika itu, dia membincangkan mengenai pengalaman di sekolah. Tiba-tiba satu panggilan masuk menggunakan nombor privasi.

Kami borak macam biasa. Kemudian content producer saya cakap okey rakamlah sebab dia nak luah perasaan ni. Daripada cerita seronok sampailah saya rasa lain bila dia minta tolong hantar beg kepada ibunya.

Dengar je permintaan tu, Fazziq dah rasa pelik dan tanya wanita tu berada di mana. Dia rasa seram sejuk apabila wanita tersebut berkata dia berada di luar, keretanya sudah terbakar sebelum mengilai.

Kredit: mStar | Twitter

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas