Connect with us

Oh! Media

iPhone 13 Mungkin Sokong AOD, Paparkan Info Ringkas Walaupun Skrin ‘Off’

Oh! Tech

iPhone 13 Mungkin Sokong AOD, Paparkan Info Ringkas Walaupun Skrin ‘Off’

Sepertimana yang kita tahu, Apple adalah pengeluar telefon pintar kegilaan ramai yang dilengkapi dengan teknologi serba canggih. Belum habis kagum dengan kecanggihan yang ada pada iPhone 12 yang baru saja keluar tahun lepas, orang dah sibuk cakap pasal iPhone 13 yang akan datang tak lama lagi ni.

ADVERTISEMENT

Kalau korang nak tahu, ada ura-ura mengatakan yang iPhone 13 berkemungkinan menyokong AOD (Always-On Display) yang merupakan ciri sama seperti Apple Watch Series 5 dan ke atas. Dengan ciri ini, iPhone 13 akan sentisa memaparkan beberapa info ringkas walaupun korang matikan skrin.

Ciri ini sangatlah berguna dan ramai yang sukakannya. Korang boleh tahu serba sedikit info seperti jam, notification dan sebagainya tanpa perlu membuka phone pun.

Apple akan mengeluarkan telefon pintar terbarunya itu pada suku keempat tahun ini. Apapun, kita tunggu sehingga ianya dilancarkan dan lihat sendiri secara rasmi apa yang bakal mereka tawarkan pada iPhone 13 nanti.

Kredit: Youtube EverythingApplePro EAP

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas