Speaker dari jenama itu didatangkan dengan sokongan Spotify yang merupakan penstriman muzik, podcast popular secara online.
Seperti kebanyakan speaker lain, Ikea Vappeby ini juga menyokong sambungan bluetooth tau. Bukan tu jer, terdapat lampu yang akan menyala sekiranya korang hidupkannya.
Menariknya, ia juga kalis air dan rekaannya sangatlah mudah untuk dibawa kemana sahaja. Bateri bagi speaker ini dikatakan mampu bertahan sehingga 12 jam bagi sekali pengecasan. Pergh! Memang terbaik.
Terdapat dua pilihan warna yang ditawarkan iaitu kelabu dan biru. Ia dijual pada harga $65 iaitu dalam anggaran RM270. Apa pandangan korang?