Connect with us

Oh! Media

Honor Lancar Telefon Pintar Pertama Selepas Keluar Dari Huawei, Mungkin Sokong GMS?

6107f326 4c81 4968 91ac 19ea50e04365

Oh! Tech

Honor Lancar Telefon Pintar Pertama Selepas Keluar Dari Huawei, Mungkin Sokong GMS?

Honor yang merupakan anak syarikat kepada Huawei dulu telah beroperasi sebagai sebuah syarikat sendiri gais. Dengan langkah baru yang dibuat Honor ini, mereka telah mengeluarkan telefon pintar pertama mereka tanpa kerjasama Huawei iaitu Honor V40.

Honor V40 ni hadir dengan skrin sebesar 6.72 inci AMOLED yang menyokong sehingga 120Hz refresh rate gais. Untuk cip pemprosesan, ia dikuasakan dengan MediaTek Dimensity 1000+ bersama dua pilihan memori iaitu 8GB RAM bersama 128GB storage ataupun 12GB RAM bersama 256GB storage.

Cc2ee62e 2370 42be 8437 f5f8bdc569f3

Untuk kamera utama, ia hadir dengan tri-kamera menggunakan 50 megapixel sensor utama + 8 megapixel ultra wide + 2 megapixel lensa makro. Untuk kamera depan pula didatangkan dengan dual-kamera iaitu 32 megapixel + 16 megapixel. Honor V40 ni juga menyokong rakaman video sehingga 4k gais.

IKLAN

Untuk bateri, telefon pintar terbaru Honor ni hadir dengan bateri berkapasiti 4,000mAh bersama 66w fast-charging menggunakan USB Type-C. Honor V40 ni juga didatangkan dengan 3 pilihan warna iaitu Silver, Magic Night Black dan Rose Gold. 

Telefon pintar ini baru saja diumumkan di negara China dan masih belum tahu lagi sama ada ia menyokong GMS ataupun tidak. Harapnya sokonglah kan sebab Honor dah bukan lagi syarikat yang bekerjasama dengan Huawei.

Kredit: GSM Arena

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas