Connect with us

Oh! Media

Gambar Potret Seolah-Olah Ditangkap Dalam Studio, Ini Antara Ciri Terbaru Pada Keluaran Terkini OPPO Reno11!

OPPO Reno11 series

Branded

Gambar Potret Seolah-Olah Ditangkap Dalam Studio, Ini Antara Ciri Terbaru Pada Keluaran Terkini OPPO Reno11!

Penantian kini berakhir, OPPO Malaysia baru sahaja mengumumkan ketersediaan Siri OPPO Reno11 terbaru, yang menampilkan OPPO Reno11 Pro dan OPPO Reno11

Apa yang membuatkan ramai sangat menanti keluaran kali ini adalah ia menggabungkan keanggunan dan gaya dengan Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas yang menawarkan prestasi dan pengalaman unggul untuk fotografi. 

Bukan itu saja, terdapat beberapa ciri terkini yang melangkaui pesaing-pesaing hebat dalam pasaran. Jadi, kalau korang nak tahu lebih lanjut tentang siri OPPO Reno11 ini, jom kami kongsikan!

Langkah Ke Tahun 2024 Dengan Lebih Bergaya Dengan Rekaan Terkini Siri OPPO Reno11!

Perkara pertama menarik yang kami nak kongsi dengan korang adalah rekaan terkini siri OPPO Reno11!

Dari segi rekaan, kami confirm ramai akan jatuh cinta pandang pertama sebab siri kali ini menampilkan pelbagai jenis kemasan warna yang menarik antaranya Pearl White pada OPPO Reno11 Pro, Wave Green pada OPPO Reno11 dan Rock Grey untuk kedua-dua model. 

Untuk pengetahuan, Pearl White yang menghiasi rekaan OPPO Reno11 Pro dihasilkan dengan rekaan Reka Bentuk Mutiara Berkilau OPPO yang menggabungkan tiga lapisan visual berbeza dan masing-masing bersinar pada sudut yang berbeza. Fuh, memang nampak classy elegan!

Manakala, Wave Green pada OPPO Reno11 menggambarkan imej ombak laut hijau di bawah langit cerah menerusi Rekaan Bentuk Sutera Berkilau. Pergh, kalau tengok rekaan ini terus rasa tenang bagai dibawa ombak!

Untuk gaya yang lebih klasik dan tenang, OPPO hadir dengan rekaan Rock Grey untuk kedua-dua model yang menampilkan lapisan siri berwarna perak-kelabu terang dan lembut berkilauan seperti pasir di bawah matahari terbenam.

Lawakan rekaan kali ni? Cuba bayangkan kombinasi rekaan yang lawa serta ciri yang menakjubkan, confirm korang akan beli betul tak? Haa, korang akan terkejut tau dengan ciri yang kami nak kongsikan ni!

Lepas Ni Dah Tak Perlu Pergi Studio Gambar, Guna Siri OPPO Reno11 Je!

Siapa yang selalu ikut trend tangkap gambar dalam studio macam contoh gambar dekat atas ni, lepas ni korang dah tak perlu berhabis duit travel jauh-jauh sebab Siri OPPO Reno11 boleh hasilkan gambar sama seperti dalam studio tau!

Untuk pengetahuan, OPPO Reno11 Pro telah memperkenalkan ciri terbaru, Sistem Kamera Potret Ultra-Jelas iaitu algoritma fotografi setaraf kamera studio yang dapat menghasilkan gambar lebih berkualiti!

Tak percaya? Haa, jurugambar profesional, Khairul Amin sendiri mengakui kamera OPPO Reno11 Pro adalah kamera telefon terbaik yang pernah digunakan semasa menangkap gambar Amelia Henderson untuk kulit digital majalan terkemuka L’Officiel bulan Januari tau!

Menurut Khairul Amin, siri OPPO Reno diperakui telefon yang terbaik dalam mengambil gambar potret sebab ia memang terkenal dengan tagline ‘Pakar Potret’ dengan penalaan proprietari gred profesional dan konfigurasi pengimejan setanding kamera profesional!

Kalau korang nak tengok sendiri hasil tangkapan Khairul Amin menggunakan OPPO Reno11, korang boleh tengok pada gambar di bawah! Memang lawa seperti kamera profesional kan?

Psst, dengan ciri ini, kami yakin tahun 2024 akan lebih bermakna sebab korang dapat tangkap lebih banyak gambar dengan kamera siri OPPO Reno11 sebesar 32MP, 2x telefoto bersamaan 47mm, yang mampu merakam sudut pandangan klasik potret, sama seperti pandangan mata manusia. 

Selain itu, dengan adanya sensor Sony IMX709, ia bukan saja dapat merakam gambar lebih jelas dan terperinici, malah ia menampilkan susunan piksel RGBW yang dipertingkatkan sehingga 60% dalam fotosensitiviti dan 35% kurang hingar daripada sensor biasa tau!

Nak tahu apa yang lagi best? Lepas ni semua gambar potret yang korang tangkap menggunakan kamera telefoto 2x pada panjang fokus setara 47mm akan memampatkan latar belakang, menjadikan subjek utama lebih menonjol! Fuh, memang sama macam kamera studio!

Tak percaya? Korang tengok sendiri gambar dekat atas ni yang ditangkap secara bust shot, gunung di belakang kelihatan lebih dekat dengan model dan butiran seperti perincian rambut, muka dan pakaian model kekal kelihatan jelas. Baguskan?

Daripada Edit Gambar Swafoto Secara Manual, Baik Guna Siri OPPO Reno11!

Kalau korang selalu edit gambar-gambar swafoto, lepas ni dah tak perlu bersusah payah sebab dengan kamera hadapan 32MP serta kamera telefoto 2x yang dikuasakan Sony IMX709 pada siri OPPO Reno 11, ia dapat menghasilkan gambar potret paling sempurna, luar jangkauan!

Apa yang membuatkan kami jatuh cinta dengan OPPO Reno11 Pro ni adalah ia mempunyai perkakasan berkuasa yang dipadankan dengan teknologi Potret AI Retouching, membuatkan setiap perincian gambar akan diperhalusi. 

Paling penting, gambar yang ditangkap akan diperhalusi dengan pengoptimuman utama yang digunakan pada bibir dan mata, rona gincu dan penghalusan struktur muka, menjadikan subjek kelihatan cantik seperti semula jadi. Terbaiklah!

Lagi best, OPPO telah bekerjasama dengan pakar fotografi potret seluruh dunia dan menggabungkan pandangan teras serta maklum balas teliti dalam Enjin Pakar Potretnya yang kini boleh didapati pada kedua-dua model OPPO Reno11 tau.

Jadi, bila korang guna ciri potret, ia dapat menghasilkan proses empat bahagian untuk gambar potret yang lebih jelas dan cantik, bermula dengan Pengenalan Wajah serta Pemisahan Subjek/Senario, diikuti Perlindungan Warna Kulit dan Ciri-Ciri Wajah. 

Kemudian, terdapat juga Peningkatan Keklaran, Kesan Cahaya serta Bayang Stereosektik dan akan diakhiri dengan Optimumkan Latar Belakang serta Penyatuan Subjek/Senario. Fuhh, memang confirm gambar potret korang akan jadi lawa dengan bantuan proses ini!

Bukan itu saja tau, dengan adanya ciri Mod Potret pada siri OPPO Reno11, korang dapat tangkap gambar potret yang kelihatan lebih semula jadi sama ada pada zum 1x atau 2x dengan pemisahan subjek, objek dan tepi yang luar biasa. 

Serta, korang juga boleh melaraskan bokeh pada subjek dan fokus dengan lebih tepat tanpa mengusik subjek. Ini yang kita mahukan!

Jadi, dengan semua ciri fotografi menarik yang ada pada siri OPPO Reno11 ni, kami yakin tahun 2024 ni akan lebih banyak memori terpahat dalam galeri telefon korang!

Lagi Best Guna Siri OPPO Reno11 Dengan Update Terkini ColorOS14!

Untuk korang yang belum tahu, ColorOS 14 adalah salah satu sistem pengendalian pertama berdasarkan Android 14 yang memperkenalkan Reka Bentuk Aquamorphic yang dioptimumkan serta hadir dengan ciri pintar dikuasakan AI untuk kecekapan yang dipertingkatkan.

Selain itu, ia juga merupakan teknologi dibangunkan sendiri yang dinaik taraf untuk menawarkan prestasi ultra-lancar dan alat mudah digunakan untuk keselamatan dan perlindungan privasi. 

Menariknya, kami sangat terpegun dengan sistem ColorOS14 ini sebab ia mempunyai File Dock yang membolehkan korang berkongsi kandungan merentas aplikasi dengan lebih mudah melalui split screen, floating windows atau di Dock itu sendiri. Mantapkan?!

Sebarang kandungan juga boleh disimpan secara automatik dalam File Dock dan boleh diakses pada peranti berbeza seperti telefon pintar dan tablet untuk meningkatkan produktiviti.

Menerusi sistem ColorOS 14 ini juga korang berpeluang menggunakan AI Powered Smart Touch yang membolehkan korang memilih kandungan seperti teks, imej dan video daripada sistem dan aplikasi pihak ketiga dan menyimpannya dalam File Dock. Senang buat kerja! 

Kalau korang suka buat sticker, sistem ColorOS 14 akan memudahkan lagi kerja korang sebab ia dapat memotong subjek dengan cepat daripada foto atau video menerusi Smart Image Matting, yang kemudian akan disimpan dalam File Dock. Bagusnya!

Komunikasi Tanpa Sebarang Masalah Sebab LinkBoost Mempunyai Signal Yang Stabil!

Siapa dekat sini yang ada masalah dengan signal tak kiralah masa korang tengah menyemak imbas, bercakap atau menghantar teks, jangan risau sebab OPPO hadir dengan enjin pengoptimuman rangkaian yang dibangunkan sendiri iaitu, LinkBoost. 

Menariknya, siri OPPO Reno11 mencapai penghantaran isyarat sehingga 73% lebih tinggi dan penerimaan 17% lebih kuat berbanding pesaing dalam pasaran. Jadi, korang tahu apa yang korang perlu buat sekarang kan?

LinkBoost menggabungkan pemilihan rangkaian AI dan reka bentuk antena sekeliling 360 darjah untuk isyarat paling stabil dengan masa henti yang minimum. Kira ini yang terbaik tau dalam pasaran! 

Bestnya Kalau Dapat Guna OPPO Reno11 Untuk Kegunaan Harian Lagi-Lagi Untuk Fotografi!

Tak dinafikan, hampir semua ciri yang kami kongsikan tentang siri terbaru OPPO Reno11 ni kebanyakannya berkaitan dengan fotografi. Jadi, mesti korang excited nak cuba dan lihat sendiri hasilnya betul tak?

Haa, kalau korang berminat untuk dapatkan siri OPPO Reno11 terbaru, ia akan berada di pasaran bermula hari ni tau dan harga adalah seperti berikut:

Alang-alang tu, kami pun tak nak lah biarkan ia rahsia selamanya, tapi OPPO akan beri hadiah yang luar biasa pada tempoh terhad tau bermula 11  hingga 25 Januari 2024, kalau korang beli siri OPPO Reno11, korang akan menerima hadiah bernilai sehingga RM476! Bestnya!!

Dengan dapatkan OPPO Reno11 Pro, korang akan menerima hadiah bernilai sehingga RM476 seperti:

– Pengecas kereta OPPO SUPERVOOCTM 80W dan kabel bernilai RM178

– Jaminan sambungan selama 1 tahun secara percuma bernilai RM109 bermula 1 hingga 31 Januari 2024

– Ganjaran tambahan bernilai sehingga RM189 dari Viu, ZUS Coffee dan Lexis Hibiscus, Port Dickson, khas untuk ahli My OPPO!

Manakala, kalau korang beli OPPO Reno11 pula, korang akan menerima hadiah bernilai sehingga RM427 seperti:

–  OPPO Enco Buds2 bernilai RM129

– Jaminan sambungan selama 1 tahun secara percuma bernilai RM109 bermula 1 hingga 31 Januari 2024

– Eksklusif untuk Ahli My OPPO, korang layak menerima ganjaran tambahan bernilai sehingga RM189 dari Viu, ZUS Coffee dan Lexis Hibiscus, Port Dickson.

Bestkan semua ganjaran yang OPPO nak bagi ni?! Selain itu, kalau korang nak explore lebih tentang ciri yang ada pada siri OPPO Reno11 ni, korang boleh ikuti roadshow OPPO, butiran seperti berikut:

Tunggu apa lagi, jom ikuti Jelajah Siri OPPO Reno11 #StandOutInDesign di 3 bandaraya Malaysia bermula di Sutera Mall, Johor pada 12 hingga 14 Januari, diikuti Pulau Pinang pada 26 hingga 28 Januari dan diakhiri di Kuala Lumpur yang akan diumumkan di media sosial OPPO!

Bukan itu saja, korang juga berpeluang untuk menangi hadiah menarik daripada OPPO dengan menyertai peraduan #StandOutInPotrait dengan hanya menangkap gambar menggunakan penapis Instagram OPPO dan muatnaik di Instagram peribadi dengan tanda pagar bertikut:

#OPPOReno11Series5G #ThePortraitExpert dan #StandOutInPortrait

Kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang boleh layari laman web rasmi OPPO

Korang boleh dapatkan siri terbaru ini di outlet seperti My OPPO Space, OPPO Brand Store, Pengedar Sah OPPO, dan Rakan Kongsi Sah.

Atau korang juga boleh dapatkan secara atas talian menerusi OPPO Official Online Store, OPPO Authorised Online Store, dan rakan kongsi E-Comm terpilih. 

Untuk maklumat lanjut tentang OPPO Reno11 Pro dan OPPO Reno11, layari laman web rasmi OPPO atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram. 

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas