Connect with us

Oh! Media

Gabung Siri Note & S, Pandang Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra

Samsung S22 ULTRA

Oh! Tech

Gabung Siri Note & S, Pandang Pertama Samsung Galaxy S22 Ultra

Model flagship Samsung Galaxy S22 Ultra yang paling dinanti telah selamat mendarat. Kami yakin ramai yang pre-order model ni dah dapat kan? Jadi apa pendapat anda? Puas hati tak? 

ADVERTISEMENT

Oh! Media telah diberikan satu unit Samsung Galaxy S22 Ultra untuk diulas. Sebelum penulis nak explore lebih lagi tentang penambahbaikan dan feature update yang dilakukan terhadap siri Samsung S ni. Baca dulu apa first impression penulis.

Nampak macam Note tapi bukan Note

Bagi pengguna setia atau kipas susah mati Samsung, anda pasti mengetahui yang Samsung mempunyai beberapa siri mercu seperti Siri Galaxy Z, Siri Galaxy S dan Siri Galaxy Note. Namun ‘kehilangan’ Siri Galaxy Note semasa Samsung Unpacked tahun lalu seolah memberi petanda bahawa tiada lagi legasi buat siri itu.

Tapi kita bukan nak cerita tentang Galaxy Note sebaliknya apa yang penulis nak kongsikan ialah tentang Galaxy S22 Ultra.

Seperti yang anda semua tahu, Samsung dah mengikut jejak langkah Apple dengan tidak menyediakan kepala pengecas untuk telefon pintar mercunya. Jadi anda hanya ada menerima sebuah kotak minimalis berwarna hitam dengan tulisan S yang melambangkan Siri Galaxy S.

Semasa penulis membuka kotak tersebut, penulis sebenarnya agak teruja tengok design S22 Ultra ni sebab vibes dia sama macam Note dari segi reka bentuk dan juga saiznya. Malah siap ada fungsi dan ruang penyimpanan S Pen (berbanding S21 Ultra S Pen dijual berasingan dan pengguna perlu menggunakan casing berbeza untuk menyimpan S Pen)

Model yang diberikan kepada penulis untuk diulas berwarna Phantom White dengan ruang penstoran 128GB.

Selalunya kalau tengok warna putih kita akan rasa warnanya nampak kelam kan? Tapi S22 Ultra ni warnanya nampak mewah dan agak mudah nak dipandakan dengan casing pelbagai warna.

Kamera timbul di permukaan. Lebih sleek?

Walaupun memberikan ciri seakan Galaxy Siri Note, sebenarnya  S22 Ultra kelihatan berbeza di bahagian kameranya kerana kameranya timbul. Mungkin percubaan terbaru Samsung untuk gaya kamera yang baru.

Bagi daya tahan akibat terjatuh atau hentakan, body S22 Ultra ni dilindungi dengan kerangka Almor Aluminium seperti Siri Z Fold3.

Seperti siri terdahulu, S22 Ultra turut dilengkapi dengan 4 kamera di bahagian belakang dengan kamera utama 108 megapiksel lensa sudut lebar, 12MP sudut lebar, dua lensa 10MP telefoto. Manakala kamera hadapannya pula ialah 40MP. Katanya kali ni zoom 100x lebih smooth, nanti penulis akan kongsikan pengalaman merakam video dan gambar menggunakan ciri ini.

Untuk skrinnya pula, S22 Ultra ni berukuran 6.8 inci dan melengkung pada bahagian sisi. Ia menggunakan Dynamic OMELAD 2X dengan kadar segar semula 120Hz serta sokongan HDR10+.

Penulis ada terbaca yang S22 Ultra ni katanya agak tebal berbanding Siri Note, penulis rasakan ini ialah penambahbaikan Samsung untuk memberikan kapasiti bateri yang lebih tinggi kepada model terbaru ini iaitu 5,000 mAh dengan kuasa pengecasan 45W. Boleh tahan sehingga sehari jika cas penuh katanya. Wow!

Ini saja pandangan pertama penulis bagi model S22 Ultra kerana ingin memberikan S22 Ultra mengenali corak penggunaan telefon terlebih dahulu. Bagi yang berminat nak dapatkan Samsung Galaxy S22 Ultra, anda boleh pra tempah di kedai rasmi Samsung atau membeli bersama telco pilihan.

Terdapat 4 warna pilihan Phantom Black, Phantom White, Green dan Burgundy. Ia dijual pada harga bermula RM5099 8/128GB, RM5499 untuk 12/256GB dan RM5899 untuk 12/512GB.

Klik SINI untuk pra-tempah Samsung S22 Ultra anda dan rebut peluang nikmati hadiah eksklusif.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas