Connect with us

Oh! Media

Fungsi Lebih Banyak Berbanding Oximeter, Ini 5 Smart Band Bawah RM200

smart band

Oh! Tech

Fungsi Lebih Banyak Berbanding Oximeter, Ini 5 Smart Band Bawah RM200

Walaupun sekarang lebih banyak masa dihabiskan duduk di rumah, penjagaan kesihatan dengan bersenam tidak sepatutnya dilupakan. Kalau korang perasan, penggunaan alat Oximeter menjadi viral kerana amat penting untuk kita pantau degupan jantung dan kandungan oksigen dalam darah. Tapi pernah dengar tentang smart band tak?

ADVERTISEMENT
oximeter

Selain alat Oximeter ni, kita juga sebenarnya boleh menggunakan teknologi yang ada pada smart band. Ia turut menyertakan pelbagai fungsi menarik untuk kesihatan dan memantau aktiviti seharian. Berikut adalah lima smart band yang kita boleh dapatkan pada harga bawah RM200.

1. Xiaomi Mi Band 6

smart band mi band 6

Xiaomi Mi Band adalah antara smart band yang paling mendapat sambutan kerana harganya yang murah dan fungsinya yang pelbagai. Terkini, kita sudah boleh dapatkan Mi Band 6 yang hadir dengan skrin AMOLED 1.56 inci, lebih besar dan cantik. Pada bahagian belakang, Mi Band 6 mampu mengesan Real-time Heart Monitor dan Sleep Monitor. Jadi kita dapat membaca data kualiti tidur setiap hari.

Mi Band 6 boleh didapatkan pada harga RM164 dan bateri mampu bertahan selama 14 hari. Menarik weh!

2. Amazfit Band 5 Fitness

smart band amazfit band 5

Dari segi design, ia hampir sama dengan Mi Band 6 tetapi pada harga yang lebih murah iaitu RM129 sahaja. Turut dilengkapi dengan bacaan oksigen dalam darah dan mengira denyutan jantung. Amazfit Band 5 Fitness menggunakan teknologi huami-proprietary BioTracker 2 PPG bio-tracking optical sensor dengan bacaan yang lebih tepat.

3. Huawei Band 6

smart band huawei band 6

Penulis turut menggunakan Huawei Band 6 sejak 1 bulan lalu. Sepanjang menggunakannya, ia amat membantu kerana skrin yang lebih besar dan jelas. Jadi lebih mudah untuk kita membaca mesej dari smart band dan nak kawal pun senang. Ia didatangkan dengan skrin OLED 1.47 inci, kerangka aluminium dan design yang sedikit melengkung membuatkan ia lebih selesa dipakai.

Sensor sama seperti smart band yang lain seperti imbasan nadi, pemantauan kitaran haid dan banyak lagi. Ciri dan fungsi asas seperti main muzik, cuaca, notifikasi, penggera, panggilan telefon, kawalan pengatup kamera semuanya boleh digunakan dengan baik. Harganya bermula pada RM159 di Shopee.

4. Oppo Band Health Guardian

smart band

Smart band dari Oppo ini lebih kecil dan comel dengan skrin bersaiz 1.1 inci. Turut mampu membaca kadar denyutan jantung dan memantau kualiti tidur tapi hanya disertakan dengan 12 mod sukan. Harga bermula RM159 dan malangnya ia hanya boleh digunakan peranti Android, tidak untuk iOS.

5. Huawei Band 4e

smart band

Kali ini smary band Huawei yang lebih kecil pula. Menariknya, Huawei Band 4e telah dihasilkan oleh Huawei bersama China Institute of Sport Science di mana ia menyokong 9 metrik bentuk larian seperti corak pukulan, hentakan dan pendaratan kaki.

Harga pada sekitar RM119 sahaja dan boleh digunakan pada peranti Android dan iOS.

Bagi kami, semua smart band yang ada di pasaran sekarang mempunyai fungsi yang seakan sama. Apa yang penting ia dapat membantu kita memantau tahap kesihatan setiap hari dan tak rugi untuk kita membeli.

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas