Connect with us

Oh! Media

meta

Oh! Tech

Facebook Kini Bertukar Nama Kepada ‘Meta’

Sebelum ini, Mark Zuckerberg telah mengumumkan mengenai perancangan menukarkan nama Facebook kepada satu nama yang baru, dan kini, pengasas Facebook ini telah bersetuju untuk menukarkan nama Facebook kepada ‘Meta’.

BACA: Mark Zuckerberg Rancang Umum Nama Baharu Syarikat Gantikan Facebook

IKLAN

Menurut Berita Harian, Mark Zuckerberg mengatakan bahawa nama baharu ini mencerminkan masa depan yang akan melangkaui rangkaian media sosial.

Misi tetap sama

Mark Zuckerberg telah mengumumkan pelancaran nama baru itu sebagai Meta. Katanya, misi mereka tetap sama untuk menyatukan orang ramai dalam satu aplikasi dan tiada perubahan.

Kami mempelajari banyak daripada kesukaran dengan isu sosial dan hidup di bawah platform tertutup, maka inilah masanya untuk membawakan segala-gala yang sudah dipelajari dan membantu membina babak seterusnya.

Aplikasi kami dan jenama kami, ia juga tidak berubah dan kami masih syarikat yang mereka bentuk teknologi di sekeliling.

Menerusi laman Sinar Harian, metaverse merujuk secara meluas kepada idea alam maya dikongsi dan boleh diakses oleh orang ramai yang menggunakan gadget yang berbeza.

Menurut Mark Zuckerberg, Meta kini hadir dengan logo baharu, menggantikan logo like di Facebook.

Jelas Mark, perubahan ini akan menyatukan aplikasi dan teknologi berbeza di bawah satu jenama baru. Hal ini bermakna penjenamaan ini tidak akan mengubah struktur asal syarikat tersebut.

Dengan penjelasan itu, ini bermakna Facebook, Instagram dan Whatsapp akan terus mengekalkan nama tersendiri di bawah penjenamaan semula ini.

Kredit: Berita Harian | Sinar Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Sumaiyah, bekas pelajar intern dan penulis di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu terkini dan hiburan di media sosial. Penulisannya bukan sahaja memberikan manfaat, tetapi juga membuka peluang kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa mengikuti isu semasa dengan pantas dan tepat.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Trending Bulan Ini

Berita Trending Setiap Hari
Dihantar Terus Kepada Anda

Kami bantu himpunkan berita paling popular setiap hari dan dihantar ke emel anda secara percuma. Langgan'lah sekarang!

Kami tidak spam anda! Baca privacy policy kami.

Ohmedia Banner
Ke Atas