
Oh! Tech
E-Belia Rahmah Sebanyak RM200 Akan Dikreditkan Bermula 26 Jun Ini
Oleh
Kerajaan hari ini telah mula mengumumkan bermula 26 Jun 2023 sudah boleh menebus kredit RM200 dibawah inisiatif E-Belia Tunai Rahmah.
Inisiatif ini diberi kepada para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.
Dalam pada itu, penebusan kredit RM200 ini boleh dibuat melalui tiga perkhidmatan e-dompet di Malaysia, iaitu Boost, Setel dan juga Touch n Go eWallet.
Malah, kerajaan juga memaklumkan pendaftaran dan tuntutan boleh dibuat bermula 26 Jun 2023 sehingga 22 Ogos 2023.
Siaran Media Berkenaan Peruntukan RM400 Juta eBeliaRahmah Bakal Manfaat 2 Juta Belia pic.twitter.com/gKy4P8Tl2X
— Ministry of Finance🇲🇾 (@MOFmalaysia) June 21, 2023
Tambahan, syarikat penyedia e-dompet turut menawarkan sejumlah insentif tambahan kepada pengguna melalui pelbagai bentuk iaitu baucar, pulangan tunai atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh ini.
Kredit RM200 ini dapat digunakan di peruncit atau peniaga yang menerima bayaran secara kod QR DuitNow.
Sementara itu, E-Belia Tunai Rahmah ini hanya boleh dibelanjakan secara “offline” sahaja, dan perlu dibelanjakan sebelum 31 Ogos 2023.
BACA: Aplikasi Touch N Go eWallet Sukar Untuk Diakses, Hadapi Masalah Teknikal
Kredit: Kementerian Kewangan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
