Connect with us

Oh! Media

DJI Mini 4 Pro Mula Dipasarkan Di Malaysia Dengan Harga RM3,399

DJI Mini 4 Pro 

Oh! Tech

DJI Mini 4 Pro Mula Dipasarkan Di Malaysia Dengan Harga RM3,399

Baru-baru ini, DJI Mini 4 Pro telah dilancarkan secara rasminya sebagai model kemaskini untuk dron bersaiz kompak serta mampu dilipat.

ADVERTISEMENT

Antara pembaharuan yang dibuat adalah dron ini dilengkapi sistem pengesanan halangan dan laluan penerbangan yang boleh mengelak dari semua arah termasuklah sisi, bawah, hadapan dan belakang.

Spesifikasi DJI Mini 4 Pro 

Dalam pada itu, dron ini juga menawarkan ciri True Vertical Shooting yang amat sesuai untuk rakaman video menegak.

Malah, turut dilengkapi dengan kemampuan masa penerbangan lebih lama yang boleh mencapai 45 minit dengan sekali pengecasan.

DJI Mini 4 Pro 

DJI Mini 4 Pro dipadankan dengan sensor CMOS 1/1.3-inci untuk rakaman imej pegun sehingga 48MP, serta video 4K.

Kemampuan video gerak perlahan dalam 4K turut dipertingkatkan kepada 100fps, selain terdapat juga sokongan profil warna D-Log M yang menawarkan lebih daripada 1 bilion warna.

Kemudian video Night Shots mode disertakan pula membolehkan pengguna meningkatkan julat ISO sehingga 12,800.

Menariknya, turut ada ciri FocusTrack yang membolehkan pengguna menetapkan serta menjejaki subjek dalam tiga mod berbeza.

DJI Mini 4 Pro 

Selanjutnya bateri yang disertakan pula mampu membolehkan dron ini terbang sehingga 34 minit, kemudiannya dilanjutkan sehingga 45 miniit dengan bateri yang lebih besar dipanggil sebagai Intelligent Flight Battery Plus.

Dari segi harga, dron ini dijual di Malaysia pada harga bermula RM3,399 yang dilengkapi dengan alat kawalan jauh DJI RC-N2, kabel untuk USB-C, satu bateri penerbangan pintar, sepasang kipas dengan skru, pelindung gimbal, pemegang kipas, dan kabel USB-C ke USB-C PD.

DJI Mini 4 Pro 

Kemudian meningkat kepada RM4,189 yang juga menawarkan pakej yang sama tetapi diganti pula dengan alat kawalan jauh DJI RC 2.

Tambahan, pakej seterusnya pula berharga RM4,599 dengan tambahan dua bateri penerbangan, dua pasang kipas, beg bahu dan hab pengecasan dua hala.

Pakej terakhir pula berharga RM4,899 yang diberikan sehingga tiga bateri penerbangan dan juga tiga pasang kipas tambahan.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


@ohmedia

Kita doakan yang terbaik buat Nabila dan Emran mungkin ada hikmah disebalik perpisahan. #noornabila#engkuemran#berpisah#trending#viral#ohtrending#ohmedia

♬ original sound – Oh! Media –

  • DJI Mini 4 Pro 
  • DJI Mini 4 Pro 

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas