Connect with us

Oh! Media

Digi Kutip Tablet Dan Laptop Terpakai, Beri Kepada Pelajar Yang Memerlukan

Digi

Oh! Tech

Digi Kutip Tablet Dan Laptop Terpakai, Beri Kepada Pelajar Yang Memerlukan

Digi dalam kempen #MyBaikHati menawarkan khidmat kumpul telefon-telefon pintar yang tidak lagi dipakai untuk diberikan kepada pelajar yang memerlukan di seluruh Malaysia.

ADVERTISEMENT

Bukan setakat telefon pintar, mereka juga mengumpul tablet dan juga laptop yang menyokong teknologi 4G yang boleh diguna semua untuk diedarkan kepada pelajar dalam isi rumah bawah kategori bawah 40 (B40).

Peranti mestilah masih berfungsi, tidak mempunyai kerosakan yang besar dan lebih baik jika disertakan sekali dengan pengecas.

Peranti yang boleh didermakan adalah telefon pintar, tablet berteknologi 4G, komputer riba dengan sistem operasi Window 8 ke atas serta Chromebook.

Menurut laporan Harian Metro, perkhidmatan ini dibuat secara percuma oleh Digi bagi memastikan pelajar dapat menerima peranti berkenaan secepat yang mungkin. 

Bagi sesiapa yang berminat untuk menderma, korang boleh pergi ke laman web #MyBaikHati untuk mendaftar sumbangan. Dalam masa tempoh seminggu, pihak mereka akan menghubungi korang dan akan mengaturkan kutipan tersebut. Terbaiklah Digi!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas