Connect with us

Oh! Media

Cuba Atasi TikTok? Mark Zuckerberg Sedia Bagi Duit Sehingga RM145K Jika Aktif Di Instagram Reels

Ohmedia tiktok instagram

Oh! Tech

Cuba Atasi TikTok? Mark Zuckerberg Sedia Bagi Duit Sehingga RM145K Jika Aktif Di Instagram Reels

TikTok dan Reels di Instagram. Korang selalu post dekat mana antara dua aplikasi tu? Mungkin ramai yang akan memilih TikTok kerana inilah aplikasi asal yang menawarkan platform seperti itu. Cuma macam biasalah, pesaing tidak akan duduk diam dan akan cuba lakukan perkara sama.

Disebabkan pengguna masih memilih TikTok sebagai platform utama mereka berkongsi video kretif, pihak Instagram merangka strategi untuk menandinginya.

Mark sedia tabur banyak duit untuk pengguna Reels?

5accdc15f41c7870728b4caa

CEO, Mark Zuckerberg yang sebelum ini baru sahaja mengumumkan penjinamaan semula nama syarikat Facebook kepada Meta itu dilihat bersedia menawarkan sehingga $1 bilion kepada semua pengguna yang aktif menggunakan Instagram Reels.

IKLAN

Perkara ini dilaporkan oleh Tech Crunch, di mana sekiranya pengguna mendapat jumla tontonan sebanyak 53.31 juta, mereka bakal menerima bayaran sebanyak $35,000, kira-kira RM145,705. Ini bayaran untuk 1 video tau, bukan sikit tu, banyak weh!

Yang dapat tontonan rendah jangan risau sebab ada juga ganjaran untuk korang. Semua ini akan diumumkan kemudian, yang penting korang kenalah mula berkarya lebih banyak dekat Reels.

Kredit: Tech Crunch

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Tech

Ke Atas