Oh! Tech

Ciri Terbaharu Dengan Sokongan AI Untuk Menulis Emel Pada Gmail

Published on

Google telah memulakan acara Google I/O yang memfokuskan kepada kecerdasan buatan. CEO Google, Sundar Pichai berkongsi anatara ciri baharu yang bakal ada pada Gmail tidak lama lagi, yang dinamakan “Help Me Write”.

Menurut Sundar Pichai, ciri baharu yang bakal hadir pada Gmail akan dapat membantu para pengguna dalam menulis emel dan menghantarnya.

Malah, Help Me Write juga dapat dikawal tonanya mengikut cita rasa yang diinginkan pengguna.

Contohnya, GMail Help Me Write akan digunakan dalam penulisan emel untuk meminta kembali wang tiket dari penerbangan.

Prosesnya akan berlaku apabila Google akan menggunakan emel sebelum ini dan memasukkan infonya dalam emel yang ditulis sekaligus menyertakan semua konteks yang diperlukan.

Dalam pada itu, Google mengatakan ciri ini akan diperkenalkan pada GMail tidak lama lagi.

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version