Connect with us

Oh! Media

BYD Keluarkan Kereta Boleh Melompat, Tak Ada Masalah Lalu Jalan Berlubang Di Malaysia

Ohmedia copy of Untitled Design

Oh! Geekz

BYD Keluarkan Kereta Boleh Melompat, Tak Ada Masalah Lalu Jalan Berlubang Di Malaysia

BYD atau Build Your Dreams adalah sebuah jenama kereta elektrik dari China yang tak asing lagi di Malaysia. Setiap model kereta BYD hadir dengan ciri-ciri reka bentuk tersendiri yang moden dan unik.

Tapi, apa yang membuatkan ia lebih menarik, BYD telah mencipta sebuah kenderaan yang boleh menyelesaikan masalah rakyat Malaysia.

Biar betul? Kereta boleh melompat seperti arnab?

Screenshot

Dalam video promosi yang dimuat naik oleh CarNewsChina, kereta ini mempamerkan aksi melompat halangan sambil memandu sendiri di jalan lurus, dah macam main game GTA pula! Tak mustahil lah kalau lepas ni BYD buat kereta terbang.

IKLAN

Sesuai untuk drive kalau bawa di jalan raya Malaysia yang berlubang macam dekat bulan!

Screenshot

Kalau BYD bawa masuk kereta ini ke Malaysia memang sesuai sangat, dengan keadaan jalan raya seperti di bulan, sekurang-kurangnya U9 boleh melompat tanpa merosakkan rim dan tayar.

Berapa top speed dia?

Screenshot

U9 hadir dengan empat motor elektrik yang mampu menghasilkan 1,287 kuasa kuda. Kereta ini boleh memecut dari 0 ke 100 km/j dalam 2.36 saat je! Laju macam lipas kudung.

Top speed pula boleh cecah sehingga 391.94 km/j, lebih laju daripada Nissan GT-R dan Porsche GT2/GT3.

Kemampuan teknologi China yang luar biasa

Screenshot

Semua keajaiban ini jadi realiti sebab teknologi power Yangwang yang dikenali sebagai Intelligent Damping Body Control dan Intelligent Hydraulic Body Control. Teknologi ini bukan biasa-biasa, sebab ia bagi kestabilan padu gila dan kawalan mantap masa memandu.

Bukan setakat melompat je, U9 juga boleh terapung atas air, sama seperti SUV Yangwang U8. Jadi, kalau tak sempat melompat, kereta ini masih boleh selamat di sungai! Tak masuk akal kan?

Mampu milik ke kereta ni?

Screenshot

Kereta elektrik ini dijual dengan harga lebih kurang RM1 juta (US$236,000) di China bawah jenama premium BYD, Yangwang. Dengan teknologi yang serba canggih, harganya masih tidak terlalu mahal seperti supercar yang lain.

Jadi, korang rasa berbaloi tak untuk memiliki BYD Yangwang U9 ni?

#OhmediaNasihat

Inovasi yang baik ialah yang dicipta dengan niat untuk membantu, bukan sekadar untuk bermegah dengan keupayaan teknologi. Ia harus menyumbang kepada pembangunan manusia secara keseluruhan dan membantu kita mencapai kehidupan yang lebih baik, lebih selamat, dan lebih mudah.

Ohmedia copy of Untitled Design

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: CarNewsChina & New Atlas


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Azhan Zamri
Azhan, seorang kreatif serba boleh di Oh! Media, mahir dalam pelbagai bidang termasuk videografi, suntingan video, penciptaan kandungan media sosial, dan penulisan. Dengan sentuhan kreatifnya, setiap visual dan cerita yang dihasilkan pasti memberi impak, menjadikan Oh! Media terus relevan dan menarik perhatian ramai!

Lagi dalam kategori Oh! Geekz

Ke Atas