Oh! Tech

Baru 2 Jam Dilancarkan, Threads Sudah Ada Lebih 2 Juta Pengguna

Published on

Beberapa jam yang lalu, Meta baru sahaja melancarkan Threads dan ia sudah mempunyai lebih daripada 2 juta pengguna setakat ini.

Aplikasi ini yang menjadi pesaing kepada Twitter telah dilancarkan serentak di 30 negara utama dunia dan hanya memerlukan akaun Instagram.

Malah, berita mengenai jumlah pengguna Threads ini dikongsi oleh Zuckerberg sebentar tadi menerusi akaun Threads miliknya. Sudah pasti pada waktu ini angka pengguna sebenar meningkat lebih tinggi.

Dalam pada itu, kelebihan yang terdapat pada Threads ialah akaun seperti jenama dan selebriti tidak perlu menjalani proses pengesahan identiti sekali lagi kerana sudah diimport melalui Instagram.

Tambahan, bagi jenama mereka tidak perlu membayar untuk akaun mereka disahkan seperti di aplikasi Twitter.

Namun, ia masih awal untuk mengatakan Threads ialah alternatif yang terbaik untuk Twitter pada waktu ini.

Tetapi melihat pada sambutan yang menggalakkan Threads juga berkemungkinan bakal menjatuhkan Twitter seperti mana Facebook menjatuhkan MySpace hampir dua dekad yang lalu.

BACA: 80% Kakitangan Twitter Dipecat Elon Musk

Kredit: amanz

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

Exit mobile version