Oh! Tech
Apple Hentikan Semua Perkhidmatan Dan Jualan Dalam Talian Semua Produk Mereka Di Rusia
Banyak-banyak syarikat gergasi Eropah lakukan sekatan dan hentikan jualan produk mereka dekat Rusia ni sebenarnya siapa yang rugi? Pelik tapi itulah apa yang berlaku selepas pihak Apple turut memutuskan untuk tidak menawarkan servis dan jualan produk atau perkhidmatan kepada Rusia ketika ini.
Perkara ini didedahkan melalui Twitter oleh @JohnPaczkowski secara rasmi.
"We have paused all product sales in Russia. Last week, we stopped all exports into our sales channel in the country. Apple Pay and other services have been limited. RT News and Sputnik News are no longer available for download from the App Store outside Russia." https://t.co/zVh60Pls6N
— John Paczkowski (@JohnPaczkowski) March 1, 2022
Bukan hanya perkhidmatan atas talian sahaja yang dihentikan oleh Apple. Mereka dikatakan turut menghentikan eksport produk seperti iPhone, iPad, MacBook dan segalanya ke Rusia.
Perkhidmatan Apple Pay juga tidak lagi boleh digunakan serta ada beberapa aplikasi disekat dari App Store. Nampaknya lebih banyak sekatan yang akan diterima Rusia selepas ini.
Kredit: Twitter
+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM