Oh! Tech

80 Juta Pengguna Media Sosial Terjejas Selepas Diharamkan, Rusia Perkenal Rossgram Ganti Instagram?

Published on

Disebabkan Rusia melakukan serangan ketenteraan ke atas Ukraine, kuasa Eropah dilihat telah menyekat ekonomi negara itu dari banyak perkara. Platform media sosial milik barat seperti Facebook, Instagram, Twitter dan banyak lagi aplikasi turut diharamkan.

Tindakan ini sudah tentu menyukarkan rakyat Rusia untuk bersosial selepas. Mereka juga terpaksa menerima kenyataan untuk tidak dapat pergi lagi ke restoran mahupun butik popular dari Eropah selepas kebanyakan jenama popular ini membuat keputusan untuk menutup operasi di sana.

Bagaimanapun, kerajaan Rusia tidak duduk diam dan bersedia menawarkan aplikasi media sosial untuk rakyat mereka apabila mengenalkan Rossgram bagi menggantikan aplikasi Instagram. Ia akan dilancarkan pada 28 Mac nanti dan fungsinya sama jer dengan Instagram iaitu dengan membolehkan pengguna berkongsi gambar.

Pengharaman media sosial di Rusia tetap menjejaskan lebih 80 juta pengguna kerana platform ini bukan hanya untuk bersosial tetapi digunakan untuk menjana pendapatan.

Kredit: Amanz.my

+ Baca respon pembaca yang di Facebook dan Telegram Oh! Media.

Exit mobile version