Connect with us

Oh! Media

UMNO Didakwa Bawa Pengundi Hantu, Ini Jawapan Ahmad Maslan

ahmad maslan

Oh! Negara

UMNO Didakwa Bawa Pengundi Hantu, Ini Jawapan Ahmad Maslan

Sejak semalam tersebar video menunjukkan tag pada kerusi dalam Dewan Merdeka yang sepatutnya khas untuk perwakilan UMNO telah ditanggalkan. Perkara itu turut didakwa bekas Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang melihat ia sebagai usaha membawa masuk perwakilan import bagi meluluskan usul tambahan.

ADVERTISEMENT

Dalam usul tambahan itu, perwakilan telah menyokong usul jawatan tertinggi dalam parti tidak dipertandingkan.

Disebabkan itu, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatkan ia sebagai satu tuduhan jahat, liar dan fitnah semata-mata.

Diyakini 100 peratus tuduhan itu adalah tidak benar dan tuduhan liar semata-mata. Kad yang tertera gambar perwakilan dipakai sepanjang persidangan dan jirang-jiran kerusi perwakilan saling mengenali malah pengacara juga umumkan supaya perwakilan duduk di kerusi masing-masing yang telah ditetapkan.

Bukan pengundi hantu tapi Skuad Sabil…

Ahmad Maslan turut menjawab mengenai dakwaan ada pengundi hantu di mana Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki mengesahkan mereka adalah pegawai-pegawai Skuad Sabil dalam kalangan Ketua Pemuda.

Mereka diamanahkan untuk mengurus dan menjaga keharmonian dalam dewan dan luar Dewan Merdeka ketika Perhimpunan Agung UMNO (PAU) berlangsung.

Mengenai dakwaan yang dikeluarkan Khairy, Ahmad Maslan berpendapat tidak perlu buat laporan polis kerana semua perkara sudah dijelaskan serta berharap semua pihak tidak membuat sebarang fitnah lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas